Wednesday, October 21, 2009

Sepetang di Anjung...

Lama dah aku tak update blog aku nih. Dah macam nak kena panggil makcik cleaner kat opis aku tu pulak sebab nak kena bersihkan sawang. Sebenarnya masa yang terlalu sempit telah menyebabkan aku dah lama tak mengadu domba kat dalam blog nih. Sebok beraya... sebok nak kena sediakan blog rasmi sukan kementerian... sebok ngan urusan kerja sampingan... sebok ngan kerja teknikal... sebok ngan aktiviti kejiranan.. dan sebok ngan korang yang ngutuk aku sebab tak update blog..hehehe.

Petang tadi.. err semalam, sambil berehat sebelum masuk dalam rumah sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat porch rumah aku, terpandanglah aku akan satu view yang agak menarik di depan mah aku. Apa lagi terus shoot. Lama gak aku tak ngambik gambar. Maklumlah kamera aku sakit.... jumpa doktor pakar kat PJ pon tak boleh baik... Apa-apa pon korang tengok je la gambar kat bawah ni...

Sepetang

Sepetang 2

Cuba korang tengok gambar pertama tu.... dah macam ada spaceship alien plak....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin