Sunday, April 25, 2010

Hamboi.. Hamboi...

Macam yang aku cerita sebelum ni, Majlid "Le Mentedaghah" tu turut disertai oleh wife dan 2 anakku. My Princess tak ikut sebab di gi tidur mah mak angkat dia. Agak-agaknya wife aku ni seronok ke atau tidak bila dapat ikut serta dan dapat berjumpa ngan artis pojaan... ermm. Meh kita tengok aksi-aksinya.

Dinner 88

Dinner 71

Eleh, konon-kononnya si Nuar tu amikkan air untuk dia lah tu.. muahahahaha...

Dinner 53


My Fido Dido pon turut menjadi mangsa pada malam tu..


Dinner 90


Dinner 19


Wifeku bergambar ngan makcik-makcik Bedah... Yang dok tengah tu batch kami manakala yang lain tu spouse ahli yang lain. Keta kat belakang tu aku punya, hehehe. Keta Nuar laaa... Keta pon jadik jugak.


Dinner 109


Kesian 'Lelaki Ini' sebab kena dera ngan wifeku suh dia dokong anak. kakakakaka....


Dinner 92


Apa-apapon, ku ucapkan terima kasih kat Fido sebab tak ngamuk malam tu. Sangat sporting sekali. Pada wifeku, TQ sebab ijinkan ku sambung melepak sampai pagi.

Selepas 23 tahun....

Pada 17hb April 2010 yang lepas, telah diadakan majlis makan malam ala-ala BBQ di Antan Batura. Nak tahu kat mana Antan Batura? Sila tanya pakcik Google. Kita orang buat kat situ sebab tokeh busatnya geng kita orang juga. Tapi jangan ingat free tau... dia meniaga. Takkan semua nak free.

Majlis makan-makan atau dalam bahasa perancisnya "Le Mentedaghah" ni sebenarnya idea salah sorang group kami... alaa, yang suka nyanyi-nyanyi tu. Dia kata tarikh tu jer yang sesuai untuk dia. So dengan kerjasama beberapa orang kuat, maka acara ni tercapai dan terlaksana.


Dinner 74


Mengikut rekod, sebanyak 51 ahli yang hadir tidak termasuk isteri atau suami dan anak-anak memasing. Lupa plak nak bagi tahu, majlis ni sebenarnya untuk bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam batch 87'. Kelas-kelas yang sepatutnya terlibat adalah 5Sc1 hingga 5sc3 dan 5A1 hingga 5A4.


Dinner 34


Tak semua yang datang ku kenal. Maklumlah ada yang dulu lawa sekarang dah tak lawa... ada yang dulu tak lawa sekarang dah lawa. Ada yang dulu kurus sekarang dah gemok. Ada yang dulu gemok sampai sekarang pon gemok gak lagi.


Dinner 59


Dinner 35


Apa-apa pon, malam tu selepas kul 1, kita orang sambung plak kat Pelita Sek 9 sampai kul 4.30 pagi.... heheheh. Hilang akal masing-masing......

Wednesday, April 14, 2010

Pengecualian Cukai Ke Atas Bayaran Interest..?

Pada Bulan April ini bagi setiap tahun, semua orang akan berpusu-pusu nak menggunakan perkhidmatan internet. Mengapa agaknya?... Sebab semua tunggu saat akhir untuk buat declaration ke atas cukai pendapatan individu masing-masing. Semua menunggu kot-kot ada pengumuman pengecualian di saat-saat akhir. Kalau declare awal, nanti tak dapat nak patah balik. Rugi wooo!!!


Aku pun sebenarnya sehingga ke saat ini masih belum buat pengiystiharan lagi. Jap lagi kot tapi sebelum tu sekadar nak kongsi maklumat yang kuperolehi pagi tadi. Maklumat adalah seperti berikut:


"Untuk pembelian rumah bagi tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010, anda layak untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi kadar faedah yang telah di bayar bagi setiap tahun taksiran selama 3 tahun berturut-turut. Amaun maksimum bagi setiap tahun adalah RM10,000. Pengecualian hanya dikira ke atas faedah sahaja dan tidak termasuk bayaran pokok."




Oleh demikian, kepada mereka yang telah membeli rumah sebelum tarikh yang dinyatakan macam aku nih dan masih membayar faedah sahaja sebab bank dan pemaju sangat lembab, adalah dinasihatkan supaya tidak berangan-angan mendapatkan pengecualian tersebut..... adoiiii!!! Rugi! Rugi!.. Dah ler aku bayar interest sahaja sebulan kat RM900, tak boleh dapat pengecualian plak tu. Hampeh tul...!!!!!

Di bawah ni dimasukkan senarai pengecualian penuh yang boleh dituntut :-

Income Tax

Tuesday, April 13, 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing....

Aku sebenarnya taklah minat sangat ngan Satria nih sebab saiznyer yang kecik agak menyusahkan aku nak bawak. Kalau besar cam Aston Martin tu ok gak la. Walau apapun, kereta ni nampak comel dan padat. Designnya pon ok tapi prestasi tak tahu la pulak.

Tak kisahlah walau apapun prestasinya, aku masukkan jer 4 keping gambar untuk rujukan diriku sendiri... Tak sempat nak amik gambar detail sebab masa tu aku terlupa nak suh owang tu buka pintu. Pintu kunci, cam tak bagi masuk jer..

Neo 5


Neo 4


Neo 2


Neo 1

Friday, April 9, 2010

Adakah aku mampu memilikinya..

Bukannya berangan tetapi terfikir gak, adakah aku mampu nak memilikinya. Aku rasa tidak buat masa ni. Tapi aku rasa mereka yang membeli kereta-kereta macam ni semuanya duit tak tahu nak letak di mana. Nak simpan bank pon aku rasa bank taknak terima pasal nanti banyak sangat bank nak bayar interest.... Nantilah kalau aku pon dah ada duit banyak dan tak tahu nak letak mana, maka barulah aku beli. Setakat ni, hutang kad kedit pon belum berbayar habis.. Nak makan bila dah hujung bulan pon kekadang kena korek tabung.... Apa-apapon aku tetap bersyukur dengan apa yang diberikan Allah pada masa ini. Syukur Alhamdulillahhhhhhhhh.......

My Lotus


Lotus Cup 260

260hp tu...

Exige CUP 260 a

My Lotus 2

Dapat bergaya dengan kereta kat atas tu pon dah cukup bagi aku. Biarlah mereka yang kaya jer beli kereta kat atas tu. Aku pakai kereta kat bawah ni pon dah cukup...

Aston Martin 1

Wednesday, April 7, 2010

Malaysian Grand Prix 2010 - Formula 1

Ahad lepas untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku telah dapat pergi menyaksikan F1. Best sangat ker F1 ni..? Entahlah, sekali sekala ok lah tapi kalau selalu, tak kuasa aku nak pergi... hehehe penuh kepura-puraan. Seronok sangat pergi F1 ni bukan apa, cuma excited nak amik gambar jer. Memandangkan aku bukan duduk kat main grand stand dan hanya duduk kat F1 Village jer maka tak dapatlah nak amik gambar pitgirls...

Ada yang tanya aku dapat tiket free ker?... Woi..! Hingat semua benda free ker? Ko hingat muka aku ni muka Jabatan Kebajikan?.... hehehe. Apa-apa pon aku kongsikan beberapa keping gambar yang aku rasa nak tunjuk. Nak tunjuk semua nanti penuh page blog nih...

F1 Village

Tiket

Malaysian Grand Prix - F1 2010

Malaysian Grand Prix - F1 2010

Malaysian Grand Prix - F1 2010

Malaysian Grand Prix - F1 2010

Malaysian Grand Prix - F1 2010

Red Bull

Virgin

Malaysian Grand Prix - F1 2010

Ada yang tanya aku, siapa menang?.. Aku cakap entah, aku amik gambar jer.. hehehe

Malaysian Grand Prix 2010 - F29N Fulcrum

Sebelum perlumbaan F1 dimulakan, pertunjukan udara telah dimulakan. Aku ingatkan Sukhoi... beriya-iya aku tutup tinga. Rupanya MIG29N jer. Tapi memang best walaupun aksinya sekadar biasa-biasa jer. Teringat plak aku masa lepas SPM ingat nak jadi Pilot TUDM. Kalaulah aku dapat jadi hari tu, aku ingat dah berapa banyak dah aku jahanamkan... muahahaha.

Fighters

Fighters 2

MIG29N Fulcrum

MIG29N Fulcrum

Westar

Helikopter kat atas ni bukan milik TUDM tapi milik Raja AP a.k.a Weststar...

Blog Widget by LinkWithin