Wednesday, April 14, 2010

Pengecualian Cukai Ke Atas Bayaran Interest..?

Pada Bulan April ini bagi setiap tahun, semua orang akan berpusu-pusu nak menggunakan perkhidmatan internet. Mengapa agaknya?... Sebab semua tunggu saat akhir untuk buat declaration ke atas cukai pendapatan individu masing-masing. Semua menunggu kot-kot ada pengumuman pengecualian di saat-saat akhir. Kalau declare awal, nanti tak dapat nak patah balik. Rugi wooo!!!


Aku pun sebenarnya sehingga ke saat ini masih belum buat pengiystiharan lagi. Jap lagi kot tapi sebelum tu sekadar nak kongsi maklumat yang kuperolehi pagi tadi. Maklumat adalah seperti berikut:


"Untuk pembelian rumah bagi tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010, anda layak untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi kadar faedah yang telah di bayar bagi setiap tahun taksiran selama 3 tahun berturut-turut. Amaun maksimum bagi setiap tahun adalah RM10,000. Pengecualian hanya dikira ke atas faedah sahaja dan tidak termasuk bayaran pokok."




Oleh demikian, kepada mereka yang telah membeli rumah sebelum tarikh yang dinyatakan macam aku nih dan masih membayar faedah sahaja sebab bank dan pemaju sangat lembab, adalah dinasihatkan supaya tidak berangan-angan mendapatkan pengecualian tersebut..... adoiiii!!! Rugi! Rugi!.. Dah ler aku bayar interest sahaja sebulan kat RM900, tak boleh dapat pengecualian plak tu. Hampeh tul...!!!!!

Di bawah ni dimasukkan senarai pengecualian penuh yang boleh dituntut :-

Income Tax

No comments:

Blog Widget by LinkWithin