Sunday, April 25, 2010

Selepas 23 tahun....

Pada 17hb April 2010 yang lepas, telah diadakan majlis makan malam ala-ala BBQ di Antan Batura. Nak tahu kat mana Antan Batura? Sila tanya pakcik Google. Kita orang buat kat situ sebab tokeh busatnya geng kita orang juga. Tapi jangan ingat free tau... dia meniaga. Takkan semua nak free.

Majlis makan-makan atau dalam bahasa perancisnya "Le Mentedaghah" ni sebenarnya idea salah sorang group kami... alaa, yang suka nyanyi-nyanyi tu. Dia kata tarikh tu jer yang sesuai untuk dia. So dengan kerjasama beberapa orang kuat, maka acara ni tercapai dan terlaksana.


Dinner 74


Mengikut rekod, sebanyak 51 ahli yang hadir tidak termasuk isteri atau suami dan anak-anak memasing. Lupa plak nak bagi tahu, majlis ni sebenarnya untuk bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam batch 87'. Kelas-kelas yang sepatutnya terlibat adalah 5Sc1 hingga 5sc3 dan 5A1 hingga 5A4.


Dinner 34


Tak semua yang datang ku kenal. Maklumlah ada yang dulu lawa sekarang dah tak lawa... ada yang dulu tak lawa sekarang dah lawa. Ada yang dulu kurus sekarang dah gemok. Ada yang dulu gemok sampai sekarang pon gemok gak lagi.


Dinner 59


Dinner 35


Apa-apa pon, malam tu selepas kul 1, kita orang sambung plak kat Pelita Sek 9 sampai kul 4.30 pagi.... heheheh. Hilang akal masing-masing......

No comments:

Blog Widget by LinkWithin