CHOGM merentasi Laut China Selatan....
Bertemu lagi di dalam penerbangan ke-3 bulan ni dan ini adalah penerbangan terakhirku pada tahun 2011. Tapi tak tahulah kalau tetiba sampai jer kat KLIA ada plak orang nak bagi tiket kat aku suh fly london malam ni jugak... Ohhh tidak mungkin. Seperti biasa, aku akan cuba membuat karangan untuk mengisi masa lapang dan pada kali ini aku telah memilih penerbangan MAS jam 5.50 yang menggunakan pesawat Airbus A330-200.
Seat yang aku pilih kali ni adalah seat 19K penerbangan MH2529. Namun siapa sangka dalam kuah ada bulu dalam rambut ada kutu... Seat yang aku pilih ni terpaksa ku kongsi ngan sorang benggali tua. Aku tak kisahlah tua ke muda ke benggali ke kelen ke... Tapi yang aku tak tahan tu bau dia... Seat depan aku ni pulak kelen mana tah... Dah la baringkan seat ni tak ingat dunia.. Pastu angkat tangan letak kat kepala... Ketiak dia tadah plak kat ekon... Adoiii pening kepala aku. Mentang2lah 3 malam aku tengok citer kelen, pic profile pesbook aku pon gambar kelen, sampai hari ni pon aku nak kena apit ngan kelen gak... Adoi.. Apa lah malang nasib ku. Rasa hati cam nak buka jer perfume bini aku ni spray kat muka diaorang... Adohh.. Tak pasal-pasal aku dah lari dari tajuk.
Aghhh lantak diaorang lah. Apa aku nak cerita hari ni adalah mengenai CHOGM... Nak citer pasal CHOGM ke ipoh rasa cam dah basi plak. Aku citer CHOGM hari ni jer lah. Penerbangan hari ni sebenarnya adalah percuma sebab aku dapat melalui penebusan mata enrich. Mata enrich ni aku dapat dari penerbangan rasmi guna duwet kerajaan dan bila dikumpul kiranya cam guna duwet kerajaan jugak la kan. Tiket hari ni aku tebus dengan lebih kurang 10,600 mata enrich. Jumlah mata tu adalah bersamaan dengan 8 kali penerbangan pergi balik kuching-kl. itupon dengan syarat guna tiket kerajaan (tiket paling mahal). Kalau beli tiket biasa, aku ada ingat kena puluh2 gak la. Aku balik lagi ni sebenarnya nak uruskan sekolah anak-anak... 4hb ni nanti aku balik semula ke Kuching.
Ermm baru sahaja menikmati hidangan makan malam nasi bersama ikan sweet sour bersama pepsi setin dan kitkat. Rasanya makan kat air asia kenyang lagi kot. Apa-apa pon momentum karangan aku ni dah lari sebab break makan ni tadi. Kapten pon baru jer umumkan yg kitaorang sekarang pada ketinggian 40,000 kaki dan berada lebih kurang 100km dari Pekan Pahang. Kapten Paramit Singh namanya. Adoh benggali lagi. Ernmm apa-apalah.... yang pasti sesekali naik plane besar ni best gak. Asik naik plane kecik jer sebelum nih. Aku ingat lepas ni aku nak maintain guna flite waktu nih...
Oklah, takmo karang banyak2.. Panjang2 pon bukan korang nak baca. Huh.. Kat bawah ni gambar yang telah siap aku masukkan dalam entry ni dan aku savedkannya siap2 kat opis tadi. Kat phone tak boleh buat. Tak boleh nak link-link.... Gambar kat bawah sekali tu perfume aku baru beli tuk amoiku. Masa aku bagi tu nanti aku nak tanya kat dia suh buat satu pilihan di antara 2 pilihan:
• Nak bermadu; atau
• nak izin aku kawin lagi satu....
Muahahahaa... Oklah, kapal ni dah mula menurun. Kapal besar ni menurun lain macam berdengungnya. Nanti kat KLIA aku up yer.... Bababababoiiii....
No comments:
Post a Comment