Sepagi di KLIA...
Pagi ni aku akan balik ke Kuching bersama MH 2564. Penerbangan ini adalah yang ke 13 tahun ni. Setakat ni masih lagi penerbangan domestik. Jabatan aku ni kalau tak "Registered Valuer" makanya harapkan domestik je lah. Alhamdulillah sekarang ni aku dah melepasi syarat dan sedang menunggu turn untuk berCHOGM ke international plak. Kengkawan lain ramai dah merasa... Aku ni tah bila lah agaknya. Tiket gomen ni kalau international akan guna bisnes klas wei.. Julai ni penerbangan sulung Airbus A380 akan dilancarkan melalui MH 2. Kalau ada rezeki makanya dapatlah aku merasa. Bayangkan, penerbangan ke London selama berbelas jam menggunakan pesawat terbaru dan terbesar dan duduk di bisnes klas.... Hah!! Lobster setiap jam aku mintak.. Huhuuuuu...
Apa-apa pun, kita kembali ke alam nyata dulu. Pada masa ini aku sedang berada di bilik serombong asap sambil menunggu penerbanganku yang dijangka akan terbang pada jam 10.05. Lambat lagi bai.. Sekarang ni baru jam 8.52. Penerbangan aku selalunya adalah di dalam Y class tapi hari ni first time aku guna K class. Apa bezanya? Takda beza apapon jika dilihat dengan mata kasar tapi cumanya K Class ni agak lebih murah dalam 200 hengget. K class ni untuk gomen sebenarnya. Selalu bayar 690 hengget sehala tapi untuk class ni, kajaan hanya bayar 550 jer sehala. Still mahal lagi sebenarnya tapi apa nak buat... Tiket, kajaan yang beli. Aku ni hanyalah mangsa yang menggunakan tiket mahey nih... Muahahahaha.....
Bulan ni sebenarnya aku berazam untuk balik sekali jer.. Trip yang ini lah. Namun apakan daya, bapak aku akan ke Mekah menunaikan umrah. Atas sifat kononnya prihatin maka telah ku beli tiket balik pada 23hb nanti dan kembali ke Kuching pada 27hb. 30hb lepas tu aku akan balik semula sebab aku dah adjust tuk hadir kursus pada awal April. So kira cantiklah, sepanjang tempoh bapak aku takda maka dapatlah aku menjaga harta yang diamanahkan pada aku ini untuk menjaganya. Terutama yang bertayar saiz 18" tu... Semua aku plan cantik dah. Maknanya keluarga aku jaga dan opis pon aku jaga gak. So fair n square omputih kata...
Namun apakan daya kusangka panas hingga ke petang tapi pepagi lagi dah hujan... Pagi tadi masa dalam teksi, bapak mertua bini aku call. Dia tanya aku.."kat mana?" aku jawab dengan nada suara yang sungguh bersopan.. "nak balik kucen ni, dalam teksi.." dia kata.. "oh.. Dah nak balik dah" rupa-rupanya dia ada proposal yang langsung aku tak pekenan sangat. Ada ke dia suh aku cuti dari 26hb sampai 30hb... Dia kata anak aku tu kalau takda orang nanti dia merayau dan lagipon rumah takda orang jaga. Aku pon dengan bangga dan tawaduk bagi tahu dia yang aku dah beli tiket untuk balik pada 23hb ni dan balik ke kucen 27hb. Lepas tu aku akan balik semula pada 30hb tu. Tapi.. Dia cam tak setuju jer. Dia suh aku sambung cuti sampai 30hb. Adoooooiiiiiyyyaaii..! Bak kata si Sally dalam citer Upin Ipin.. "Sabboorr jerrr lahh!". Spoil sifat kesopanan aku pagi ni. Aku cakap, takkan aku nak tinggalkan opis aku sampai 20 hari. Aku ni bukan kerani nak tinggalkan opis aku tu sesuka hati. Masa tu nak jer aku cakap, susah sangat bawak jer cucu kesayangannya tu pergi umrah sekali. Nanti elok boleh balik selalu langsung tak boleh balik. Kalau bos besar aku kat Putrajaya tu tahu.. Mampos aku dibuatnya. Apa aku nak jawab. Lagipon kalau ada masalah kat opis, takkan nak harap pegawai aku yang selesaikan. Kesian kat diaorang. Nanti staff pon hilang lespek..
Kengkadang tu aku terpikir, sampai bila lah nak stop provokasi yang boleh membuatkan aku ni jadi derhaka. Bulan lepas baru jer aku berbaik ngan bonda biologiku selepas krisis rumahtangga. Memanglah aku care sangat dengan familiku.. Mana taknya, cer korang bayangkan anak-anak aku membesar cam anak yatim tanpa bapak disisinya. Bini aku menguruskan anak-anak dan kehidupan seperti seorang balu... Aku terpaksa terima hakikat dan takdir demi kehidupan yang serba naik ni... Periuk nasi kena jaga bai.. Camni camana lah aku nak berharap masuk sorga kalau sepanjang masa ada jer provokasi...
Aghhh! Letih la camni. Bukan letih fizikal tapi mental beb... Ok lah aku pon dah masuk ke gate A3 ni dan aku pon dah habis buat karangan ni. Karang panjang sangat korang bukan bacapon. Aku nak buat aktiviti yang dah lama aku tak buat sebab sebok berblog tiap kali nak fly high. Agak-agak korang apa yek... Fuh..! Fewwiitt.. Hi, boleh berkenalan? Hehehe... Chiow
No comments:
Post a Comment