Friday, March 9, 2012

Tragedi Buah Tampoi....

Penerbangan kali ni adalah yang ke 12 untuk tahun ni. Ke Kay El la... mana lagi. Tapi berharap gak kot-kot kapal ni tersasar ke Amsterdam... Tujuan aku balik kali ni... Ermmm apa lagi kursus la. Kursus ni penting wo sebab nak collect point untuk renew lesen tahun depan... Hahahaha... Sebenarnya ni lah sesaja peluang aku nak balik kampung.

Untuk pengetahuan korang, aku sepatutnya balik flite petang sebenarnya. Namun, akibat cuti sekolah minggu depan, semua flite sold out. Penerbangan ni kira nasib baik dapat. Setakat sekarang ni, Air Asia untuk hari ni sehingga Isnin semuanya sold out..... Kapal yang aku naik kali ni sebenarnya dulu milik Firefly, tapi sebab dah bungkus makanya bapak dia amik balik. Sempat gak aku ngorat awek kebaya ni... Modalnya, "dulu you dengan firefly yek..." hehehee nasib respon baik punya...

Memandangkan flite sangat penuh dan aku tempahpon dah lewat makanya tak dapatlah nak memilih seat yang baik sangat. Seat kali ni 27A... Lambat lah aku dapat makanan cam ni. Apa-apapon still tepi tingkap yer....

Ermmm... Korang pernah tak makan buah tampoi? Aku sebelum ni pernahla dengar tapi tak ler pernah tengok or makan pon. Maklum la buah-buahan kegemaran ku hanya strawberry ngan epal jer.. Kihkihkih.. Namun masa kedatangan familiku bulan lepas ke Kuching, amoiku telah beli beberapa kilo buah tampoi. Memula tu aku heran gak buah mendalah yang dibelinya. Bila aku cuba... wah bestnya... Rasa ala-ala rambai dan manggis. Rasanya sungguh manis semanis awek-awekku masa di ITM dulu. Makanya akupun makan tapi taklah banyak sangat tapi anakku yang bongsu umur 2 tahun tu makan tak ingat. Anak2 ku yang lain tak makan pon. Diaorang tu buah pisang makanlah.. Benda pelik ni takmo dia...

Keesokan harinya kita orang balik ke Shah Alam. Korang ingat tak citer aku pasal menggantikan diaper anak aku yang terberak dalam kapatebang ni? Haaa!! Rupa-rupanya itulah penangan buah tampoi. Cirit birit rupanya anak aku tu. maklumlah, kat rumahpon di bedalnya lagi buah tu. mana tak sakit perut. Akupun sebenarnya keesokan hari selepas membedal buah tampoi tu turut mengalami sakit perut. Tapi bukanlah sakit perut yang tak sihat. Sakit perot nak u'uk jer. Makanya kosonglah perot aku jadinya sebab asik kuar jer.

Selepas bertanya ngan orang-orang lama, rupanya buah tampoi ni tak boleh ditelan bijinya. Sebab tu la terberak-berak bila makannya. So untuk membuktikan teori tu, minggu lepas aku beli sekilo. Rilek bai, sekilo buah tampoi bukan banyakpon. Jangan la plak korang bayang sekilo kapas plak... So, Ahad aku terus ke Pasar Satok lebih kurang kul 11 pagi. Punyalah susah nak cari parking. Polis plak langsung tak berkira.. Habis semua keta yang parking tepi jalan disamannya. Aku bukan pertikai kerja dia tapi hari tu hari cuti dan kebanyakannya semua pergi pasar. Lagipon diaorang parking tak menghalangpon jalan. Ermmm nasib lah pada mereka yang kena saman tu. aku tak kena coz aku ni citizen yang baik. Parking punyalah jauh semata-mata nak cari buah tampoi. Tampoi oh tampoi...

Jenuh aku mencari hampir seluruh pasar minggu di Satok tu aku cari. Hampir kuciwa dibuatnya. Namun berkat kesabaran akhirnya ku jumpa juga.... Agak mahal sikit kali ni tapi apa ada kesah... Bukannya nak beli hari-hari pon.. Sekilo RM3.50. Makanya gumbiralah rasa dihati dan ku belilah sekilo sebab nak buat ujikaji.

Lepas beli, aku terus ke opis buat kerja kononnya sambil menikmati buah tampoi. Habis sekilo kubedal tapi aku berani telan 2-3 biji jer bijinya. Lepas makan, takda apa perubahan tapi keesokan harinya, effect telah bermula. Apa yang bagosnya buah ni, dia buat kita sakit perot macam cirit birit so senanglah nak u'uk. Tapi bila dah habis, dia stop. Berbeza dengan sakit cirit birit akibat keracunan. Selagi apa yang ada terkeluar dan bila dah takda benda, air dalam badan plak yang dikeluarkannya. Makanya bersihlah perotku dan terasa ramping dan badanpon ringan. Tapi itu hanyalah seketika sebab selepas tu aku makan memacam plak. Minggu ni nampaknya tak dapat merasa buah tampoi coz aku nak balik kay el. Mungkin minggu depan boleh beli lagi dan itupun kalau ada musim.

Kat bawah ni beberapa gambar yang menyokong citer aku nih. Sorry ler yer.. berbelog guna tipon ni taklah canggih sangat. Tak boleh nak susun gambar. Makan sudah minum pon sudah. Waktu sekarang jam 11.50 dan dijangka jam 12.30 kapai ni landing kat KLIA. Ok lah jumpa lagi di posting seterusnya nanti. Sampai epot aku up terus... Boboboy.....!

2 comments:

Hersya Khaleeda said...

NANTI BELI LE BYK2 BIAR SENANG NAK U'UK YER.....

Khalsyaza said...

U'uk lah....

Blog Widget by LinkWithin