Thursday, May 10, 2012

Aku Dah Bosan...

Pagi ni dan pada ketika ini aku berada di bilik serombong kapal menghidup udara segar bersama penghirup udara tegar yang lain. Ketika in jam menunjukkan waktu 8.53 pagi dan masih ada waktu yang panjang sebelum aku menaiki pesawat penerbanganku yang ke-21 tahun ini. Pesawat MH 2564 ke Kuching masih belum tiba.

CHOGM ku kali ni adalah di antara yang tersingkat sebab balik hari Selasa dan pulang hari Khamis. Sepatutnya pakaian seragamku adalah batik pada pagi ni tetapi bak kata kawanku.. Haram J lah aku nak pakai berbatik nek kapalterbang. Aku pon pelik gak, peraturan ni diaorang taknak tarik balik ker? Tak sesuaila pakai batik nak pergi kerja. Tok Jib pon sekarang ni tak pakai dah.. Hanya golongan semut hitam kecil cam aku ni jer yang masih nak kena pakai. Ahhh... Hari aku tak pakai pon. Bos aku nak marah? Peduli apa aku! Ko nak pakai, ko boleh pakai... Aku? Ikut suka aku bila aku nak pakai. Aku dah BOSAN.

Keadaan politik di Semenanjung ni aku rasa dah masuk tahap bullshit. Aku paham ahli2 politik atasan serang menyerang satu sama lain baik yang hijau, merah atau biru disebabkan oleh kerjaya mereka. Namun yang biasa2 ni pon dok nak menyerang, apa ke jadahnya. Sapa pon yang menang tak kira apa warna sekalipon, kehidupan korang masih sama. Si A dok kutuk si B. Si B pulak kutuk si A. Lepas satu isu pergi ke satu isu A korek B, B korek A. Akibatnya, kawan bergaduh sesama sendiri, adik beradik bergaduh sesama sendiri, jiran tak bertegur sapa, rakan sepejabat dok bertekak dan akhirnya takda siapa yang untung. Launlah kalau diaorang ni ada kepentingan sebab nak rebut jawatan ker.. Nak rebut projek ker atau yang terlibat secara langsung... Pasai tu bila orang tanya aku pasal politik, aku cakap aku tak campur. Biar aku nilaikan sendiri di dalam hati mana yang baik dan mana yang buruk. Bagi aku, buang masa dan silap haribulan, aku plak yang bertekak. Kalau tiap kali menang dapat 1 juta takpa.. Ni habuk pon tak dapat. Aku dah BOSAN.

Kadang-kadang kita terfikir, kenapa ada segelintir orang yang tak reti nak hormat pada kita. Ada orang kata, ".....kalau kita nak dihormati orang, kita kena hormat orang lain". Tapi macamana pulak kalau kita dah hormat orang, ikut kehendak orang tapi orang tu semakin lama semakin jauh menunjukkan tanda hormatnya. Adakah aku terlalu berlembut? Benda ni aku rujuk kepada segelintir staff aku di pejabat. Apa lagi yang diaorang nak. Semua aku bagi.. Semua aku turutkan. Tapi makin lama aku tengok makin naik lemak. Jangan cabar aku untuk menukar cara aku. Aku dah BOSAN.

Di dalam membina kerjaya, aku masih memegang satu prinsip yang pernah disampaikan pada aku oleh bos aku pada satu ketika dulu. ".....you have to remember! I'm the PPN. I can rule you but you cannot rule me". Alhamdulillah aku masih memegang pada prinsip tersebut dan ia menjadikan aku salah seorang staff yang mengikut kata. Namun apabila kita ni terlalu mengikut akhirnya pasti ada satu titik nokhtah di mana akan wujud "enough is enough". Cakap tak serupa bikin dan kita dipersalahkan atas sebab orang lain yang tak buat kerja. Tak perlu aku panjang lebarkan di posting ni sebab aku dah BOSAN.

Ada orang kata, kawan masa senang adalah rakan2 kita tetapi kawan masa susah adalah saudara mara kita... BULLSHIT!! Pengalaman aku, masa susahlah saudara akan menjauhkan diri dari kita bila kita susah. Saudara jugalah yang kadang2 akan menjatuhkan kita, membusukkan nama kita, memfitnah kita... Bagi aku puk$&)(;$ la!. Orang lain adalah lain tapi bagi aku sekarang ni aku takmo campur lagi urusan keluarga. Susah ker.. Kemalangan ker.. Kena tangkap ker.. Nak minta tolong ker... Nak mampos ker.. Ko uruskanlah sendiri. Bagi aku aku dah bosan dengan sikap segelintir sedara mara yang ber GEN Y ni. Bila dah buat sial di dalam kawasan aku sampai orang lain tegur aku.. Itu dah lebih. Tapi lebih sial bila kita tegur dan marah, kita pulak difitnah. Bagi yang mendengar pula tanpa usul periksa terus menyalahkan aku. Woi pompuan sial!! Ko nak menggatal ker nak menyundal ker.. Ko boleh buat kat luar tapi bukan dalam kawasan aku atau didepan pewaris harta aku. Aku tak pernah nak kisah lah. Tapi sorry kalau bila ko buat dalam kawasan aku dan amaran telah diberi tapi masih bodoh lagi. Ko ingat ko sorang boleh busukkan nama aku? Huh jangan ko perkecilkan aku. 93.7% darah aku mempunyai GEN dendam. Tunggu apa yang aku boleh buat. Aku mulakan dengan yang ringkas dulu.. Aku dah BOSAN.

Dah la.. Posting kali ni kalau ko baca, diam2 jer. Takyah nak suruh aku bersabar. Ko nak tengok cara aku? Tunggu!!! Dah aku nak bording ni.. Chiow

No comments:

Blog Widget by LinkWithin