Tergapai Impian Terlaksana Harapan...
Sepagi di KLIA amatlah sangat mengantok hari ni. Namun sebab perlu mencari rezeki di negeri orang maka ku gagahkan jua. Pada masa ini aku masih di bilik rawat gas chamber menunggu flite aku MH2564 ke Kucen dengat pesawat Boeing 737-400 yang sangat penuh. Semenjak gomen guna tiket K class ni, seat agak susah nak tempah lebih awal. Kena check-in dulu baru dapat seat. Akibatnya dapatlah aku seat tengah... Aghhh boring!!!
Pagi tadi masa aku nak keluar, anak bongsuku masih tido, jap lagi dia jaga sure ngamok tengok aku dah takda. Sekarang ni dia dah paham dah makna kena tinggal... Kesian mereka... Apa-apa pon aku tetap kena tinggalkan mereka sebab perlu mencari rezeki yang dah ditetapkan 1000 km jauhnya.
Jumaat malam Sabtu yang lepas amoi ku telah membuat kek. Kek tempahan pertama oleh kawanku sempena besday anak dia. TQ En. Mior sebab memberi peluang amoiku untuk mendapat tempahan pertama. Kek yang dibuat taklah sehebat mana pon tetapi ianya menjadi titik sejarah permulaan perniagaan anak beranak. Nak jual berapa pon aku tak tahu.. Alhamdulillah, En. Mior telah menghulurkan sekeping note RM50 untuk bayaran kek tu semasa aku buat penghantaran. Sehingga hari ni pon aku masih tak tahu berapa nak jual. RM50 tu amoiku jadikan modal untuk pembuatan seterusnya. Aku hanya bagi support jer dan belanja modal asalkan dia gembira.
Minggu lepas aku teringin sangat nak makan steak tapi macam biasa lah kat Kucen aku hidup sorang diri. Bukanlah nak buat semua benda nak berteman tapi bila ada kawan, seronok sikit. Nak cari tempat pon payah.. Kedai-kedai biasa ni tak jual pulak. Yang ada cuma kat restoren besar dan itupon aku tak pasti halal ke tidak. Makanya ku tahankan keinginanku. Alhamdulillah, 2 malam yang lepas kawan ku En. Madet dan En. Mior telah membawaku makan steak di Ayers Rock di Bukit Jelutong. Tempat tu agak exsklusif gak dan harganya boleh tahannn... Sesekali takpalah tapi kalau tiap bulan, lari bajet aku. Diaorang berdua tu memang kaki makan dan expert bab-bab western food nih. Kalaulah aku ni duduk dan kerja kat Shah Alam cam dolu-dolu , pasti aku takkan ketinggalan mengikuti penjelajahan mereka. TQ friends..
Sekembalinya aku Jumaat lepas juga membawa misi iaitu bekalan udang galah sungai dari Samarahan, Sarawak. Alhamdulillah berjaya juga aku mendapatkannya dan memenuhi tempahan mereka. 3 kilo untuk ujang, 1 kilo untuk acun, 1 kilo untuk madet dan 1 kilo untuk aku sendiri. Untuk Mior tak dapat lagi sebab hari tu dia kata kurang2 mesti mahu 15 ekor dia nak.. So tunggu next turn yer. InsyaAllah... Namun udang2 ni kurang hornylah sebab saiznya yang agak kecil. Anyway anyhow, dapat juga aku penuhi hajat mereka. Acun juga ada mengirim kek dan telah kubelikan dari staff opisku. Maka tercapailah hasrat hati mereka....
Masa itu emas tapi emas bukanlah masa. Agak lama dah aku tak pakai jam tangan semenjak jam Alange & Sohne aku rosak. Baru-baru ni aku menerima jam tangan baru. Agak janggal memula tu nak pakai.. Maklumlah dah lama tak ada benda yang mengikat kat tangan. Lama dah aku nak pakai jam tangan ni balik tapi takda yang menarik. Akhirnya dapat jua.. Sangat best ini jam dan pasti akan ku pakainya kemana sahaja ku pergi dan kini ia akan menjadi rakan karibku menemankan ku di Kucen... Kepada xxxx, TQ so much...!!!
Aku baru sahaja menikmati nasi lemak didalam penerbangan ni tapi FA ni lupa plak nak bagi sekali kacang dan ikan bilis. Bila nasi lemak tanpa 2 bahan sampingan tu makanya kurang menggiurkan nasi lemak ni. Apa-apapon alhamdulillah... Waktu sekarang dah 11.25 pagi dan sepatutnya kapal ni dah nak menurun tapi masih lagi posisi memecut. Ni semua sebab jem kat runaway tadi. Banyak sangat kapal yang nak take-off. Melalui jendela ni aku masih tak nampak lagi Bumi Kenyalang dan ini bermakna aku masih lagi di Laut China Selatan.
Tersepit dah aku kat lam flite ni disebabkan aku duk tengah. Ermmm oklah, dah panjang dah ni. Panjang sangat pon tak best gak kan... Korang pon malas nak baca. Oklah.. sampai KIA nanti aku up terus. Adios dan jumpa lagi hujung bulan ni.. Byeeee...!!!
(Beef Wrap RM18/5pcs)
(T-Bone 350grms -500grms @ RM65 per serve)
(RM40 sekilo)
(Paid @ RM50 by En Mior)
(Ayers Rock)
No comments:
Post a Comment