Enam Kilo Jer....
Penerbanganku kali ini adalah yang ke 22 pada tahun ni bersama pesawat MH 2529 Airbus A330-300 ke KayEl. Bilalah agaknya aku nak naik flite ke tempat lain plak ni. Asik asik kayel-kucen-kayel-kucen. Penerbanganku masih official lagi sebab aku akan menghadiri kursus berkaitan profesion aku hari Isnin ni.
Di dalam flite ni aku duduk di 19K tepi tingkap. Dari tempat aku ni juga aku boleh nampak boss aku tapi dia dok kat tempat lain sedang melelapkan matanya... Bersama aku juga hari ni aku membawa bekalan udang galah sungai dari Samarahan. Hari tu aku bawak tapi tak cukup. Kengkawan kempunan, so kali ni aku dah tempah lebih awal. Alhamdulillah dapat aku 6 kilo. 1 kilo aku amik dan selebihnya tempahan kengkawan.
Pada ketika aku menulis ni, aku telah berada di awanan Laut China Selatan dan masih menunggu hidangan makan malamku. Kepala ku teriba pulak pening sejak dari tengahari tadi dan sampai sekarang masih tak hilang-hilang. Adohh... Ni yang nanti amoi aku komplen. Asik balik Shah Alam jer pening kepala... Apalah yang dapat akau buat.. Aku pon takmo pening kepala ni sebenarnya dan kalau aku boleh tangguhkan pening ni pon aku takmo sebab sakit dan bukannya sedap.
Minggu lepas aku hantar keta ku servis dan sementara aku menunggu anak buah amik aku maka sempatlah aku ke showroom Honda kat sebelah servis cetre proton kat Jalan Tun Jugah. Target aku Accord jer.. Nak tengok keta2 macam ni adakalanya kena belakon sikit sebab kalau tak nanti dia pandang kita ni cam menyemak jer. Aku tak duduk dalam sebab aku tengok sama jer cam bapak aku punya cuma bezanya yang ini seat kulit. Aku belek kat luar jer dan sambil berbual-bual ngan salesman tu yang penuh harapan nampak aku macam nak beli. Aku bukan tak boleh beli sekarang ni tapi aku terpaksa korbankan keinginanku sebab aku perlukan lebihan untuk keluargaku yang aku tinggalkan di Shah Alam. So, tak dapat beli, tengokpun puas hati... :-(
Nampaknya kepala aku ni semakin pening dan aku takmo spoil bila aku sampai di Shah Alam nanti. Rasanya aku kena tido kot baru boleh hilang sakit kepala aku ni.
Oklah, kepala pening makanya idea pon segan nak keluar. Oklah sampai jumpa lagi selasa depan....
No comments:
Post a Comment