Thursday, May 31, 2012

Garu Guru Gerai Nyamai.. Happy Hari Gawai

Tinggal berapa ari agi nyau ka Gawai, ati nang semampai seilu-ilu ngenang diri enda pulai begawai. Munyi ko orang, tubuh aja ba menua orang tang ati lama udah din ngau bala apai indai, bala madi, bala kaban belayan. Udu penyamai sereta rami ngintu ari gawai ba menua diri empu....enda pia ko kitak??

Hahahaha... Korang paham ker? Kalau paham bagoslah.. Coz aku sepatah haram pon tak paham. Kata2 tu aku petik dari salah satu blog di ternet... Alamak tak ingat plak address dia nak aku bagi credit. Pada petang yang panas terik ni kira-kira jam 5.20 petang waktu yang ditunjukkan oleh Rolex Seadweller ku, aku kini telah berada di Gate 7. Masih sabar menanti flite penerbangan ku ke KayEl bersama Boeing 737-800 MH 2529. Penerbangan ini adalah yang ke 24 tahun ni..

Nampaknya pada tahun ni aku tak dapat berpeluang merasai kehebatan Hari Gawai di Kuching ni. Tahun lepas sama dan tahun sebelum tu pon gak. Patutlah aku tak dapat nak ngorat awek Iban atau Bidayuh sampai hari ni. Diaorang tahu, sure aku tak boleh nak beraya ngan diaorang. Untuk pengetahuan korang, Hari Gawai adalah merupakan perayaan besar suku Kaum Dayak. Haa tolong lah jangan bayangkan dayak tu macam citer Red Indian. Dayak sekarang ni dah moden.. Aweknya pon dah banyak yang jelitawan. Hari gawai ni disambut oleh suku kaum dayak yang terdiri dari kaum iban, bidayuh, orang ulu yang merangkumi kayan, kenyah, kenowit, penan, macam2 lagilah. Korang google jer. Sekarang ni zaman teknologi dihujung jari.

Hidangan yang popular pada masa perayaan Hari Gawai ni adalah ayam pangsu... Hidangan ni lain sikit dari yang lain sebab ayam yang digunakan adalah ayam tua atau ayam pencen.. Ermmm camana lah agaknya rasa ayam ni. Aku rasa ayam ni yang dimasak dalam buluh tu kot.. Wooo takmolah. Macam kembang jer rasanya. Kenapalah agaknya hidangan dia tak guna beef, kalau tak makanya boleh lah aku rasa T-Bone Steak, beef wrap, spicy chese meat ball, patty dan macam2 lah. Pasti meriahkan...

Untuk pengetahuan korang, flite penerbangan dari KayEl ke Kuching kalau tak silap aku dah lama habis sehingga 5-6 hb. Punyalah ramai orang Sarawak nak balik kampung beraya. Aku pon konon2nya balik beraya gaklah ni. Malam karang aku dah janji nak makan sama-sama ngan familyku. Alaaa bukan tempat hebat sangat pon. Gi Pizza Hut jer. Teringin nak makan sesama bini dan anak2 aku hidangan baru Pizza Hut tu.

Kali ni aku balik sebenarnya adalah kerana bagi menghadiri Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah JPPH yang ke 63. Setahun 2 kali persidangan ni dan kali ni Inspen pulak jadi tuan rumah... Aduhai, tak dapat anak2 aku nak berpesta berCHOGM bagai kat hotel 3-4 hari. Tak kisahlah, janji aku boleh balik. Kalau opis aku kena jadi tuan rumah.. Letih la beb.

Pada waktu ni aku sedang menunggu hidangan makan malam yang belum sampai dan ketika ini pesawat telahpun berada dihujung Borneo. Kepulanganku kali ni juga membawa kek dan ikan terubuk yang telah diorder oleh mak aku dan kawan aku. Selagi aku ada kat Sawak ni, korang orderlah... Takda hal punya.

Perjalanan masih jauh lagi ni. Pesawat ni dijangka sampai pada jam 7.25 dan sekarang jam Rolex aku ni masih menunjukkan jam 6.45 petang. Makan malam aku dah habis, cola aku pon dah tinggal ais. Petang ni takda idea sangat plak nak mengarang. So kalau aku paksa juga ditakuti akan melalut-lalut plak. Emosi pada ketika ini stabil. Tiada kemarahan dan tiada kegembiraan, biasa2 jer. Ermm tak sabar rasanya nak jumpa anak2 aku ni dan aku berazam untuk menjadi lebih mesra pada mereka...

Ok lah, takmo tulis lagi. Aku nak ngorat awek pramugari ni jap. Rupa dia cam awek lama aku dulu jer.. Ekekekeke... Adios...!!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin