Thursday, June 18, 2009

Ayer Keroh Golf & Country Resort....

Ahad lepas aku telah merasmikan gear baruku di Melaka. Geng2 JPPH telah mengadakan perlawanan golf yang dianjurkan oleh JPPH Melaka. Pengelolanya siapa lagi Mr Saharun la...

Kat bawah ni adalah sebahagian gambar yang telah ku rakam dan dipakaikan aksesori dan dimekapkan.....

Golf Open 5

Golf Open 2 copy

Golf Open 4

Depa tanya aku...."awat hang tak main khalid? Mana set hang?".. aku jawab, "kalau aku main, sapa nak tangkap gambaq koghang? Lagipon set aku ni lagi mahey dari set koghang yang ada satu beg tu"...

Rizal3

rizal1

rizal2

Rizal4

Rizal5

TQ to Rizal sebab bagi aku naik Ixora baru ko tu ke Melaka.....

HAFEZ CHAMP

To Hafez, tahniah ler coz jadi "The Champ"... sib baik tak jadi "The Chimp"....muahahaha

Kemalangan Bas Udara - Air France...

Selingan jap sebelum mulakan kerja.... Masihkah anda ingat kemalangan Air France baru-baru ni.? Gambar kat bawah ni sempat diambil oleh salah seorang penumpang. Camana plak boleh dapat gambar nih? Penumpang tu masih hidup ker? atau aku yang jadi penumpang tu?
Ishh... Gambar tu diambil dari memori card tipon penumpang tu yang dijumpai di kawasan bangkai kapal terbang tu. Telefonnya memang rosak teruk tapi memori cardnya boleh lagi dibuka.
Memang pricelesssssss.......
.
.
Kalau korang semua pernah mengalami air pocket atau terhentak kuat waktu landing maka tentu korang boleh bayangkan sikit keadaan tu. Itulah dikatakan sedar disaat kematian.....


Tuesday, June 16, 2009

Rasmi atau Resmi...

Memandangkan D60 aku dah dijual maka dengan rasminya aku masukkan 2 keping gambar anak dara yang tak bermekap ni hasil perkhwinan ku dengan bini baru.... selebihnya kemudian yer..

Burner Rizal2

Ini Rizal punyer...

Callaway Hafez

Ini pulak Hafez champion punyer...
(JPPH OPEN - Ayer Keroh Country Golf)

Monday, June 15, 2009

D60 for Sale..


Detail.... klik di gambar
Pada jam 11.30 a.m. 16 Jun 2009, DSLR pertama kesayangan ku telahpon dijual... sedey plak rasanya... Ku akan merinduimuuu....muah.muah..muah..

Friday, June 12, 2009

Eppy BirthdaY Anaz Junior...

Sepatutnya aku wish kat Anaz pagi-pagi lagi... maksud aku masukkan posting ni di awal pagi. Namun begitu, pepagi jer lagi dah sibuk pulak. Jadi tertangguhlah posting aku nih. Apa-apa pon aku ucapkan selamat hari ulang tahun 1 BULAN pada Anaz Junior (nama anak dia aku tak tahu daaa..) Kepada Anaz pula, Selamat berpuasa dan teruskan puasa anda.... ada beberapa hari lagi jer. Itupon kalau ko nak sambut raya lah...ahaks. Kalau tak tunggu lah 100 Hariii....
Apa-apa pon, kat bawah ni pesanan khas pada member aku nih yang telah menjadi bapak yang bernama Khairul Anaz..





Thursday, June 11, 2009

Nasib baiklah cucu...

Setiap kali balik kampung kebiasaannya mesti ada benda-benda pelik dan diluar jangka akan dilakukan terutama oleh bebudak bandar nih. Anak2 aku yang sepasang tu masa balik kampung sebelum ni rekod dia setakat baling anak2 ayam dan mandikan anak2 kucin sampai mati jer.
Ada satu ketika tu pulak, budak lam gambar tu pernah masukkan telor ayam yang tak berbasuh kat dalam cerek kopi opah dia. Opah dia ingat kopi tu banyak lagi dan tuangnya untuk diminum.... ermmmm telor tak berbasuh tu! Dalam kopi mana lah nak nampak... hehehe.
Jeti Bagan
Balik kali ni lain pulak dibuatnya. Bila tengok atuknya bakar sampah, dia agaknya dah terasa gian. So, tanpa pengetahuan orang lain, dia dah bakar almari buruk yang ada kat bangsal atuk dia. Bayangkanlah almari tu dipenuhi kain dan buku lama. Tak payah ceritalah berapa besar api yang marak..... Aduhai... Sib baiklah cucu. Makanya tiadalah sesiapa yang marah. Semasa kejadian aku pon tak perasan sebab zzzzz.... Atuk ngan opah dialah yang jadi bomba masa tu.
hehehe... sori lah bapak!

Ridhuan1

Blog Widget by LinkWithin