Tuesday, December 30, 2008

Pusat tumpuan atau pusat rebutan?


Memang tak dapat dinafikan bahawa Malaysia ni sebenarnya ada banyak tempat percutian. Walau bagaimanapun kadangkala tu kita rasa seperti takda tempat percutian lain,...asik-asik tempat yang sama dan sampaikan rakan seopis pon pergi ke tempat yang sama. hehehehe......
Korang pon aku rasa dah banyak kali pergi kot. Betul yang macam kawan aku cakap, Cameron Highland ni dah tak sama macam masa aku honeymoon tahun 2000 dulu. Cuaca dah tak sejuk sangat. Tgh hari kalau berjemur boleh meleleh peluh. Tapi apa nak buat, ianya tetap menjadi pusat tumpuan utama kalau nak bercuti.
Kenapa aku cakap pusat rebutan? Yelah.. kalau korang tak percaya, cuba pergi check-in hotel secara walk-in waktu cuti sekolah.. sure korang dapat bilik yang sebesar bilik stor kat rumah korang dengan harga RM200++. Nasib baiklah ada Rumah Peranginan Persekutuan kat Cameron, maka dapatlah aku menempah bilik yang lebih selesa dengan harga yang lebih murah. Tapi kena berebut 2 bulan sebelum tau..... bukan boleh walk-in jer. Nak tahu berapa sewanya? RM25.00 jer semalam bagi 1 bilik yang berukuran 25kaki x 15 kaki tidak termasuk ruang bilik air dan entrance. Murah dan berbaloi sebab ada banyak kemudahan. Kepada korang-korang yang kerja kerajaan, aku nasihatkan korang ambil jer bilik (boleh ambil 2 unit yang bersambung) dan tak yah ambil banglo atau appartment 2 bilik. Nak tahu sebab apa? sebab padang permainan kanak2 dekat dan ianya dekat dengan kaunter. Senang nak angkat beg. Kalau ambil banglo......kalau larat korang pikul la beg ikut tangga.


Kalau gi bercuti, eloklah pergi ramai2, baru syok. Lainlah kalau baru bernikah, hehehehe... itu lain cerita. Apa2 pon yang penting kita nak bagi keluarga dan anak2 kita yang seronok lebih.

Memang seronok sebenarnya bila pergi bercuti dengan kos yang rendah. Almaklumlah 2 bilik selama 2 hari hanya bayar RM104.00 jer. Ada duit lebih bolehlah beli strawberi banyak2......
Bila duit ada lebih, maka bolehlah berbelanja lebih macam makcik kat atas nih... kih..kih..kih..

Disebabkan kita orang dah banyak kali pergi... pergi berdua, pergi bertiga, pergi bertiga setengah dan pergi berempat...makanya banyaklah tempat yang kitaorang tahu nak pergi. Sampaikan Kakak Ipar ngan Biras ku cakap kita orang ni macam balik kampung sendiri jer....
Apa? tak paham apa maksud berdua dan sebagainya? korangkan dah besar... pikir ler sendiri....hehehehe. Jenuh ler kalau asik nak makan bersuap jer.

Tapi korang perasan tak? kalau bawak anak berjalan, antara budak pompuan ngan lelaki, yang lelaki mesti asik ingat nak mainan jer. Kalau takder mainan, kehidupan alam semulajadi pon jadik. Siput camtu pon dia kata macam GARY spongebob....

Pompuan plak tak habis2 ngan bunga..... Dari mak sampai ke anak.....

Walaupun hanya bercuti dalam Malaysia saja, tetapi cukup mengumbirakan keluarga ku. Alhamdulillah.Lepas ni, nak pergi mana lah plak....... alamak, cuti sekolah dah abislah.... hua..hua..hua..

1 comment:

Anonymous said...

hmm, rindu rasa nak gi cameron lagik. suka dengan taman bunga ros. rasa mcm tak mo balik tgk bunga ros bebanyak.
biasa la, pompuann. hehe..!!

Blog Widget by LinkWithin