Monday, April 27, 2009

7th New Straits Times/ Kodak Photographic Outing

Sabtu lepas aku, anak aku, jiran aku dan member photographer yang aku kenal kat alam maya, Mr Faiz bersama geng-geng bas sekolah dia, pergi ke Zoo Negara untuk 'Photographic Outing'. Terima kasih yang tak terhinggalah pada dia orang coz menjemput dan menerima aku untuk sama-sama gi outing. Harap2 diaorang nih jemputlah aku lagi. Seronok bila keluar ramai2 yang mempunyai minat yang sama camtu. Walaupun gambar yang aku amik tak sehebat mana, tapi aku rasa sangat puas hati.

Teringat lah pulak aku masa first time outing kat Kuala Kubu masa zaman dulu-dulu. Masa tu tahun 1986. Umur aku masa tu 16 tahun. Selepas bapak aku belikan SLR, minat aku pada photography sangat tinggi sehinggakan menyebabkan aku tak minat langsung ngan subjek Geography masa kat sekolah walaupun bunyinya hampir sama. (tu yang dapat 9 masa SPM.... hehehe..)

Pada masa tu, setiap minggu NST dengan kerjasama Komal Malaysia akan mengadakan photographic outing dan gambar peserta akan dikeluarkan kat 'Sundate'. Kalau tak silap aku selepas pencarian dalam internet, Mr. Eric Peris yang mengendalikannya. Aku pergi outing yang ke 7..... yang ke minggu ketujuh lah tu.

Pada masa tu, aku lah yang termuda dan terensem...hehehe. Orang lain pakai kamera yang hebat2, aku cuma standard SLR jer... Outing zaman dulu tak sama macam zaman sekarang. Zaman dulu pakai filem. Amik gambar, cuci dan lepas tu baru tahu korang hebat atau tidak. Sekarang ni lain, amik dan terus tengok. Kalau tak puas boleh amik sekali lagi.

Oklah, cerita panjang2 pon buat penat korang nak baca jer. So, atas kerjasama rakan sepejabatku yang sangat rajin membantu... maka discankanlah keratan akhbar yang keluar kat 'Sundate' New Straits Times pada tahun 1986 tu. Rakan sepejabatku tu nama dia Wan Rosmawati... kekawan panggil 'Wan' (kakak sedara 'One Malaysia' yang macam disebut oleh Tok Najib tu) tapi aku lebih suka panggil dia 'Ros'(Minuman kegemaran anak pompuan aku ialah sirap ros...heheh). TQ Ros...... lepas ni boleh tolong scan lagi.

Kalau korang terer, cuba teka yang mana satu aku... (tips untuk korang.. cari yang paling ensem..huhu)



3 comments:

Anonymous said...

saya tau yg kangkang lebih 2 kan...
heee...heee
walaupun badanmu tidak ku kenal tp
kangkanganmu tetap menjadi pojaan ramai...
jgn mare...

Anonymous said...

hahaha seronok kan outing..tapi hampeh singa semuanya malas lak aritu..hehehe jom malam esok lepak2 minum nanti sy roger bro..

Khalsyaza said...

Wooo... sapakah gerangan yang suka ngan kangkangan ku itu hah!! muahahaha.....

Faiz... no problem, roger2 jer.

Blog Widget by LinkWithin