Wednesday, April 15, 2009

Sungguh 'unsangkarable', rupanya hujan di tengah hari....

Kononnya nak jadi landscape designer makanya aku pon membelilah beberapa jenis pokok. Antaranya pokok palma yang macam kat bawah ni lah. Asalnya cuma ada 5 daun aje. Itupun dah RM15.00 kalau besar sikit lagi dan ada lebih 5 pelepah harganya RM50.00 dan kalau besar lagi... ermm boleh dapat zoom lens baru.


Arakian nak dijadikan cerita, pada satu hari brader alam flora yang kerjanya memotong pokok telah diminta bantuan beruwang untuk memotong rumput di sekelilingnya. Namun akibat ketajaman tali pemotong rumput tu, makanya sebatang pelepah telah terputus dan satu lagi terluka. Rupanya pokok ni sangat sensitif dan manja. Akibat terluka dipelepah, keseluruhan pelepah menjadi layu. Agaknya ada kencing manis kot pokok ni......entahlah. Geram punya pasal aku potong terus. Makanya cacatlah pokok tu sebab dah tak balance... Lama aku biarkan sehinggalah pada satu hari aku bernekad untuk memotong kesemua daun. Maka hilanglah kesemua daun dan yang tinggal hanyalah pokonya sahaja.

Lama aku tunggu tapi tak berdaun gak pokok nih.... Lemah tenaga batin agaknya pokok aku nih. Sampailah pada satu hari aku bercadang nak korek ajer dan ganti ngan pokok lain. Sementara tu aku dok pikir nak tanam pokok apa yang sesuai. Pokok Sinai tak jumpa plak. Kat Sg. Buloh banyaklah... Tetiba jer pada satu hari aku dapati, pokok ni menunjukkan tanda-tanda nak mengeluarkan pelepah baru. Waaaaaahhhh gembiranya seperti ayahku kawin lagi.... oooppss...

Semuanya aku kira ada 12 pelepah. Waduh, mesti meriah dan pasti kenduri kesyukuran akan diadakan.... Namun didalam kemeriahan menyambut pelepah baru, tiba2 aku dikejutkan dengan keadaan pelepah yang seperti dalam gambar kat bawah ni.....



Sungguh memilukan hati. Rupa-rupanya ada berpuluh Sang Kelembai yang duk menumpang.... Ermmm tak tahulah apa akan jadi ngan pokok aku nih... Tunggu je lah....


Sungguh kurang asam si Sang Kelembai ni.. Geram punya pasal aku bancuh racun anai2 dan ku spray ke pokok tu.... Hari ni aku tgk semuanya dah kembali ke pangkuan Ilahi......

No comments:

Blog Widget by LinkWithin