Wednesday, October 28, 2009

Semalam di Bukit Cherakah....

Hari tu aku dah cerita pasal sepetang, sekarang aku nak cerita semalam plak. Lama dah patutnya aku masukkan posting nih tapi tak berkesempatan akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja rasmi dan pesta sukan kami yang akan dirasmikan Jumaat malam Sabtu nih. So, memang tak sempat langsung....

Jumaat malam Sabtu yang lepas aku dan 4 lagi jiran sekampungku telah pergi ke dusun buah-buahan keluarga kami di Kg Budiman, Meru. Masih anda ingat pasal posting mengenai Durian yang aku masukkan sebelum ni?... Kalau tak ikut perkembangan blog aku, mananya nak ingat! Asal perancangannya memanglah ramai. Namun akibat kesibukan masing-masing, persepsi masing-masing, kekurangan vitamin ke atas keyakinan... makanya kami berlima saja yang pergi. Kami pergi satu kereta, kereta Bro Fozi a.k.a. 'Nelayan'. Nanti kemudian-kemudian aku ceritakan pasal mereka.

Kami pergi pada jam 12.00 tgh malam. Hati bercampur gembira dan risau serta gundah gulana... Mana ke tidak, ini lah pengalamanku seumur hidup, keluar mencari buah durian. Biasanya beli kat tepi jalan atau kat Giant jer. Sesampai di sana..... Wah! terang pulak kebun aku ni malam-malam. Rupa-rupanya memang macam tu. Hutan atau kebun kalau waktu malam memang nampak terang sebab mekanikal mata yang diciptakan Allah memang sangat hebat. Aghh... kita tengok jer gambar dulu...

Dusun malam8

Banyak gak kami dapat...22 biji. Bayangkan kami yang 5 orang ni nak mengangkut 22 biji macamana....

Dusun malam7

Tak boleh jadik... kena kupas dan makan dulu...

Dusun malam5

Dusun malam3

Buah durian ni rupanya kalau baru gugur memang liat....

Dusun malam4

Dusun malam6

4 biji jer yang larat kami makan. Selebihnya kami bawa balik untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekampung yang lain.

Dusun malam2

Nak angkut camana nih?... Aku pun buka baju dan jadikan buntil. itupon boleh bawa 6 biji jer... ciss macam tak berbaloi jer idea tu... hehehe

Dusun malam1

Apa-apa pon aku ucapkan terima kasih kepada Abg Mat, Abg Fozi, Abg Fandi dan Syamsul sebab turut serta ke kebun untuk menimba pengalaman. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan kami sampai ke Anjung lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Masa kat traffic light, Abg Mat kata..."slow-slow....jalan". Cis... hingatkan dia nak suruh berenti, rupanya suh langar lampu merah...muahahaha.

Ish..Ish.. Sikit jer lagi...

Apa yang sikit lagi nih?... Macam-macam.. Sikit jer lagi kerja opis aku nak abis.. Sikit jer lagi tempoh persediaan untuk Pesta Sukan Kementerian... Sikit jer lagi aku hampir nak terlupa... hehe... Sebenarnya semalam besday aku... Pepagi lagi wife aku wish... aku cakap kat dia.." ingatkan dah lupa.." Pergi opis cam biasa, takde apa yang spesel.... Cumanya TQ lah pada Pn. Ros yang wish aku, 2 orang member facebook.. Suria dan Busu yang juga wish kat aku.

Paling besar TQ adalah pada famili aku... Wife aku beli kek chesee semalam. Makan juga walaupun aku tak la berapa suka sangat makan kek ni... Doghoyan takper! TQ to my wife coz sempat dia menghantar kad ucapan eletronik kat aku... Kat bawah ni aku paparkan kad tersebut....
happy birthday khalid
Ada lagu heppy besday yang dimasukkan sekali tapi aku tak gheti camana nak upload lagu kat posting nih..

Wednesday, October 21, 2009

Sepetang di Anjung...

Lama dah aku tak update blog aku nih. Dah macam nak kena panggil makcik cleaner kat opis aku tu pulak sebab nak kena bersihkan sawang. Sebenarnya masa yang terlalu sempit telah menyebabkan aku dah lama tak mengadu domba kat dalam blog nih. Sebok beraya... sebok nak kena sediakan blog rasmi sukan kementerian... sebok ngan urusan kerja sampingan... sebok ngan kerja teknikal... sebok ngan aktiviti kejiranan.. dan sebok ngan korang yang ngutuk aku sebab tak update blog..hehehe.

Petang tadi.. err semalam, sambil berehat sebelum masuk dalam rumah sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa kat porch rumah aku, terpandanglah aku akan satu view yang agak menarik di depan mah aku. Apa lagi terus shoot. Lama gak aku tak ngambik gambar. Maklumlah kamera aku sakit.... jumpa doktor pakar kat PJ pon tak boleh baik... Apa-apa pon korang tengok je la gambar kat bawah ni...

Sepetang

Sepetang 2

Cuba korang tengok gambar pertama tu.... dah macam ada spaceship alien plak....

Tuesday, October 6, 2009

Tangan tak pro?...

Diaorang kata tangan tak pro.... eleeeeehhhh! cakap jerla tangan masa kecik tak bedung. Apa sebenarnya tangan tak pro ni? Tangan tak pro ni istilah bagi orang yang tak berapa pandai nak pegang kamera. Yelaa, bayangkan bila kita pegang kamera SLR tapi pegang cam kamera compact.. Sure lah goyang punya terutama bila guna shutter rendah.

Ada aku terdengar diaorang kata masa nak amik gambar tahan nafas, barulah gambar tak goyang. Tahan lah nafas korang tu, jangan sampai semput sudah. Macam-macam cara yang boleh digunakan dan terpulanglah pada diri masing-masing.

Kat bawah ni beberapa gambar cara-cara nak pegang kamera untuk mengurangkan goyang....

(The Machine Gun Hold)

(Raise Your Left Shoulder)


(Elbows In)

(Tripod With Your Knee)

(Cradle It)


(Lay Down)

Kalau korang dah guna cara kat atas dan masih goyang gak, korang suh jerla owang laen tolong abikkan.... habis cerita.

Monday, October 5, 2009

Kenapa aku masih boikot yang satu nih...

Dulu masa Israel dok menganyang Palestin yang mana pada masa ni masih lagi, kecoh satu Malaysia sebok nak boikot sana boikot sini. Anak aku pon kat tadika, cikgu dia suruh boikot barangan buatan negara yang berkaitan termasuklah syarikat-syarikat yang berkaitan. Makanya berderu-derulah semua orang dok menyahut seruan tersebut sehinggalah Mc Donald pon terpaksa buat strategi unutk menaikkan semula jualan. Aku pon boikot gak....
Sila rujuk cerita aku dulu-dulu kat SINI
Tapi, lama-kelamaan, rakyat Malaysia dah mula lupa dan start beli balik barangan-barangan yang mereka boikot nih. Termasuklah aku gak..hehe.. Namun yang masih kekal adalah salah satu pasaraya yang sampai kini masih dapat aku pertahankan untuk memboikotnya. Sebenarnya aku boikot bukan sebab pasaraya ni milik Yahudi sahaja tetapi berdasarkan pengalaman, aku dah banyak kali kena tipu bila membeli belah kat pasaraya nih. Korang nak tahu apa pasarayanya? Apa lagi kalau bukan TESCO.
Kenapa aku kata aku selalu kena tipu?.... Antara perkara yang selalu dulunya aku terkena adalah;
  • Harga yang dipamirkan di rak barangan tak sama dengan harga semasa discan untuk pembayaran.

  • Harga yang dikatakan diberikan diskaun sebenarnya adalah harga yang lebih kurang sama dengan harga di luar ataupun harga asal yang tertera sebenarnya telah dinaikkan jauh lebih tinggi sebelum tu.

  • Bila beli barangan permainan yang menggunakan bateri cthnya, perlu bayar dahulu sebelum ianya boleh diuji. Oleh itu sekiranya barangan tersebut rosak, dia akan gantikan dengan yang lain dan kalau takda stok? Lu pikirla sendiri.
Untuk kesemua di atas, aku masih lagi belum bercadang untuk melaporkan kepada pihak Kementerian mahupun ke pihak polis cawangan komersial. Belum sampai tahap itu la kawan.... Cukuplah aku memboikot diaorang nih.
2-3 hari lepas, jiran aku Mr BrYan telah menunjukkan satu gambar kat aku dan aku minta dia emailkan terus ke aku sebab nak masukkan dalam blog aku nih. Korang tengoklah sendiri gambar tu. Hanya orang BODOH dan BANGANG jer yang tak paham apa yang ada dalam gambar tu...



Cuba korang pikirlah sendiri, harga barang asal RM3.90 so korang kena bayar RM3.90. Bila dah bagi diskaun 1 sen menjadikannya RM3.89, korang ingat kena bayar berapa? kalau beli 2-3 pon berapa banyak? Hanya orang Bodoh jer yang kata barangan kat TESCO ni murah dan promosinya berbaloi.

Sekarang ni kalau aku lalu tepi TESCO kat Shah Alam, aku tengok masih ramai lagi orang yang nak gak berkunjung kat situ.. Bagi aku, hanya orang yang sangat kaya, tak kisah, sanggup ditipu, bodoh dan orang banggang jer yang masih sebok nak beli barang kat TESCO ni.

Aku?.... yang pasti aku tak lagi membeli di situ. Biarlah orang-orang yang masih lena dibuai mimpi jer dan sanggup ditipu saja yang masih nak pergi kat situ. Setakat hari ni, aku masih tetap memboikot.... Korang nak pergi, silakan dan aku takda kuasa nak larang tapi LU PIKIRLAH SENDIRI...

Alahai kesiannyaaaaa...

Pagi ni bila aku tengok semua surat khabar kat opis aku nih..... ahakkkss, 'sedih' betul aku menengoknya sampaikan cuaca kat opis aku ni pon dok jadi mendung. (woi!!! sedih mana boleh gelak!) Mana tak sedih, cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Kalau nak clear lagi, tengok kat surat khabar la...
Kesian betul aku tengoknya.... sebab dari raut wajah muka dia, nampak kesakitan yang amat sangat dan dah macam muka mangsa tragedi gempa Bumi kat Padang la pulak... hehehe.

Kesian betul lah aku tengoknya. Tulaaa.... sapa suh gatai sangat lalu kat kawasan owang laen. Heran gak aku, badan besar, bodyguard pon ramai, polis lagilah tak terkira ramainya pon masih kena tumbuk dan disepak terajang... Dasat sungguh owang yang menumbuk dia ni. Mesti keturunan Minangkabau asli nih. Suku apa aku tak taulah. Yang pasti bukan tiga suku...huhu..
p/s: masa pilihanraya lepas, pemberita TV3 ada beri pujian tentang seorang calon ni yang fasih berbahasa tamil. Sapa agaknya?....

Blog Widget by LinkWithin