Betul ker sibuk sangat nih? Adoiii....
Soalan ni ditujukan pada sapa?... pada aku ker? Sapa yang soal? Sapa yang ngumpat aku? sapa yang kutuk aku? sapa pulak yang prihatin kat aku nih....... heeee. Sebenarnya takder sapa-sapa yang tanya aku tetapi aku sendiri yang tanya ngan diri aku sendiri. Well.... kalau diikutkan kepada perkembangan blog nih, memang nampak macam takde masa. Maklumlah update seminggu sekali. Tak macam dulu hampir sepanjang masa ada masa nak update.
Sebenarnya, Kesibukan ni bermula dari bulan lepas lagi, selain dari pemikiran yang kurang segar akibat keletihan memikirkan hal dunia... Fikir hal keluarga.... hal kejiranan... Hal kerja hakiki.... hal kerja yang melibatkan sukan kementerian.... hal kekawan... hal hobi.... Adussssss.. banyak sungguh. Nak cerita banyak, korang sure tak baca. Nak upload gambar, banyak sangat... so aku cerita ringkas jer lah. Itu pun ikut suka hati akulah nak cerita camana.
Bermula hal sukan, aku ditugaskan untuk mempengerusikan jawatankuasa 'Urusetia Kejohanan'. Apa tugasnya? ala mengumpul result dan bertanggungjawab mengeluarkan result rasmi. Salah satu yang menyebabkan terlalu sibuk adalah aku kena upload semua result ke dalam 13 blog termasuk blog utama. Blog ringkas jer dan berfungsi untuk paparkan keputusan semasa. Oleh kerana awek Vaio aku pulak mengalami masalah bateri, makanya aku terpaksa menghadkan lokasi untuk aku upload data. Dibantu oleh salah sorang anak buah, kami upload setakat mana yang mampu. Blog masih belum ditamatkan riwayat dan kalau ikut Big Boss, dia kata lepas 2 minggu, dia suh aku tutup blog tu. Well kalau korang nak tengok, klik kat bawah. Dalam blog tu ada link ke 12 blog yang lain.
No comments:
Post a Comment