Majlis Segera....
Isnin lepas 23hb adalah hari lahir anak sulung aku rupanya. Aku pun hampir terlupa disebabkan pada hari yang sama juga aku kena hadir ke mahkamah sebagai saksi pakar. Menjelang tengah hari, adik aku wish happy birthday kat anak aku yang mana SMSnya dihantar ke tipon aku. Laaaa.... besday anak aku rupanya. Hampir terlupa aku. Petang tu bapak aku tanya menantu dia, "takda buat majlis apa2 ke?" Menantu dia cakap, tak rancang apa-apa pon. So dipendekkan cerita, atuk anak aku tadi pon telah membeli 2 buah kek... Hah! kenapa plak 2? sebab anak aku yang sorang lagi tu pon kena dibelikan juga, kalau tidak nanti dia merajuk.
Petang tu kita orang bergegas ke Mydin membeli apa2 yang patut dan petang tu juga kitaorang rancang buat majlis makan2 secara segera. Jemputan pon hanya jiran terdekat yang mana anak aku selalu bermain jer. Petang tu juga, jeling2 kiri dan kanan dan nampak ajer terus jemput... So kepada jiran dan kekawan yang lain, aku minta maaf sebab majlis ni segera, nak jemput ramai tak terpikirpon. Kita orang jemput keluarga Azman, Azean, Razak, Azmi, kak zah dan kak shidah. Itu saja. Untuk tujuan rekod, maka aku rakamkanlah kat dalam blog aku nih.....
Teringat la pulak masa kau kecik2 dulu... Aku pon tiup lilin gak dan dikelilingi oleh kekawan. Nanti kalau berkesempatan, aku uploadlah kat dalam blog nih. Kepada mereka yang telah menghadiri majlis anak aku ni, aku ucapkan Thank You.
Sorry coz gambar kat atas ni pelik sikit. Takyah pusing2kan kepala dan menambah dosa. Memang aku sudah tersilap teknik mengambil gambar. Teknik segera namanya....heeeee
Teringat la pulak masa kau kecik2 dulu... Aku pon tiup lilin gak dan dikelilingi oleh kekawan. Nanti kalau berkesempatan, aku uploadlah kat dalam blog nih. Kepada mereka yang telah menghadiri majlis anak aku ni, aku ucapkan Thank You.
2 comments:
mlm sabtu ni bawak kek belen tu kat miza.. kita setelkan..
wooo... buleeee...
Post a Comment