Friday, February 19, 2010

Percutian dah tamat...

Awan Putrajaya

Setelah bercuti panjang hampir 2 minggu dan langsung tak concentrate ngan kerja, hari ni ku kembali ke Putrajaya untuk bekerja. Biasalah bila dapat baby dan takda orang jaga, kitalah kena tolong-tolong bini. Siapa lagi nak tolong.

Setakat ni masih belum ada kes untuk semakan lagi dan dijangka tiada kes untuk disemak hari ni. Lagipon minggu depan 3 hari aku tak masuk opis lagi sebab kena gubal soalan pulak kat Inspen. Itu kira macam bercuti gak lah. Dahla... takda idea plak..... Mood nak menghuru harakan suasana opis belum datang lagi neh...

Saturday, February 13, 2010

Perkembangan Pewaris....

Alhamdulillah syukur kerana semuanya telah selamat dan pewaris bongsu ku pada malam ni adalah merupakan malam kedua tidur di rumah sendiri. Umurnya dah 3 hari, hari ni. Nama belum daftar dan belum ada ic lagi. Hari Isnin ni nak bawa dia pergi check-up untuk tengok tahap penyakit kuning sama ada stabil atau tidak.

Oleh kerana kat rumah ni dah ada baby yang menyusu, maka pada hari ni jugalah anak perempuanku berhenti dari menghisap botol... muahahaha. Dia malu dengan adiknya... Alhamdulillah....

Pewaris


Syaza & baby


Syaza & Baby 1


Syaza & baby 2


Syaza & baby 3

Thursday, February 11, 2010

Wajah Pewaris....

Berikut dimasukkan beberapa wajah pewaris takhta bongsu yang ku ambil petang tadi di sepital..... Sorry takda cerita ngarut kali ni..


Adam 9




Adam 7

Gambar selebihnya korang klik digambar dan cari sendiri kat mana aku simpan...

Kronologi Kelahiran Pewaris Takhta Bongsu.....

UMRA 10 Februari 2010 akan menjadi satu tarikh yang penting kerana setiap tahun lah pada tarikh ni aku akan kena beli kek dan hadiah sambut besday... hehehe.

Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kekawan dan sedara mara kat dalam pesbuk yang telah wish tahniah kat aku sempena kelahiran "Pewaris Takhta Bongsu". Ramai juga kawan dan sedara yang aku tak add sebagai kawan kat pesbuk kerana banyak sebab.... Sorry yek.

Pada 10/02/10 hari tu aku telah buat liputan secara langsung kelahiran untuk setiap 1/2 jam. Itupun ramai gak yang masih bertanya... apa update?. Hehehe... aku paham, ini semua sebab pesbuk dah tukar paparan lain yang menyebabkan ramai yang tak pandai nak tengok status terkini. Takpelah, semua tu dah berlalu.

Untuk tujuan rekod, berikut aku paparkan semula kronologi dan setiap update yang telah aku masukkan.

UMRA1

Laporan: Jam 8.45, On d' way to UMRA.

Laporan: Jam 9, dah sampai UMRA. Wife dah dibawa masuk guna wheelchair.... Belum pasti bila akan bersalin lagi.

Laporan: Jam 9.15, Nasib baik datang awal sikit. Berebut tempat la pulak... Ramai sangat orang nak bersalin hari ni.

Laporan: Jam 10, keadaan wife dah buka 2 cm errr... Bukan 2 kaki tau..!

Laporan: jam 10.30. Wife minta ampun guna sms sebab takut nangis kalau cara live. Air tetuban dah pecah... Dah buka 5 cm

Laporan: Jam 10.45. Wife dah masuk labor room. Kalau baby dah kuar, nurse akan panggil... Doakan supaya semuanya sempurna dan selamat..

Laporan: Jam 11.38. Masih belum ada berita. Wife kat dalam lagi dan aku sorang kat luar. Sedara mara tak nampak lagi.

Laporan: Jam 12.25. Belum ada perkembangan. Belum lahir lagi. Belum ada nurse yang panggil aku lagi.....

Laporan: Jam 12.40. Yeahh!! Aku dah boleh masuk temankan wife. Belum bersalin lagi. Wife masih sakit..

Laporan: Jam 1.45. Masih belum ada perkembangan lagi. Keadaan masih sama. Alamak pokok bunga aku kat farmville tak berharvest lagi..... Adoi.. Rugi2

LAPORAN TERKINI: Jam 2.40. Alhamdulillah, isteriku selamat bersalin.... Kejap lagi gambar baby akan dipaparkan....


Adam 10

Akhirnya keluarlah Pewaris Takhta Bongsu yang amat gagah perkasa dengan beratnya boleh dimasukkan ke kategori heavyweight... 4.3 kilo. Maka gegak gempitalah semua rakyat akan menyambut kelahirannya. Tidak ketinggalan juga doktor yang membidankan menarik nafas lega kerana sesungguhnya dia mengaku ngan aku yang dia panik masa menyambut kelahiran pewaris ni. Apa-apapon semuanya telah selamat walaupun terdapat beberapa masalah kecil. Di saat aku menulis blog ini, anak ku masih lagi di hospital ditemani bidadari bertopi yang amat kagum dengan kegagahannya.... hehee.

Ok lah itu sahaja. Nak tahu nama? Aku takyah cakap, nanti korang tahu gak...

Tuesday, February 9, 2010

Agreement belum habis sign la...

Masa




Semalam petang aku bawak wife aku gi klinik untuk check doktor mengenai perkembangan baby. Maklumlah pagi tu dah ada tanda darah keluar. Tarikh due pon Ahad lepas. Doktor tu check, jantung baby ok, pergerakan pon ok. Doktor tanya wife aku nak induce ker? Bini aku cakap Tak Nak!!!


Hari ni doktor suh datang lagi kalau tak bersalin juga sebab dia nak induce.... Hallooooo doktor!!!! Kenapa nak paksa dia keluar kalau belum sampai masa? Kenapa nak kejar patient ker takut tak dapat bisnes? Baby sihat, ibu dia pon sihat kenapa nak induce plak? Karang kalau dah induce dan baby still tak nak keluar apa akan jadi? Dah tentu kena operate... Tak pasal-pasal kena pantang lebih dan risiko pon lebih gak.


Mungkin orang lain tak boleh tunggu dan tak sabar. Kiranya nak cepat2 bersalin dan boleh tumpu perhatian pada benda lain. Tapi aku, sorry, tunggu jer, kecualilah kalau keadaan memerlukan, baby dah lemah ker, air tetuban dah habis ker.... itu ok. Kalau perlu induce atau operate, aku tak kisah. Sekarang ni kalau korang tengok dah jadi trend mak bapak tentukan tarikh lahir. Kiranya kalau aku nak anak aku ada ic no. 1002101010xx maka paksa lahir esok 10 hb. Kekadang tu nak tarikh lahir sama untuk semua anak dia.


Orang lain aku tak peduli, tapi bagi aku, ketentuan hidup dan mati bukan kerja aku. Setiap roh sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu telah ada agreement dan sebelum dia keluar ke muka bumi a.k.a dilahirkan, dia kena sign agreement lagi. Aku hanya anggap, anak aku tu belum habis sign lagi..... alaa macam beli rumah la, setiap page kena sign, pastu banyak salinan plak tu...
Kepada rakan-rakanku yang sentiasa prihatin dan asik tanya aku bini dah beranak ke belum, sila pastikan anda ikuti lintas langsungnya nanti di pesbuk. Liputan akan dibuat dari mula nak bersalin sehinggalah baby tu keluar. So tunggu yek.

Can I F*** U.....?

Fuh!!!! tajuk yang penuh kontreversi! Sebenarnya aku tak nak ceritapon pasal tajuk tu atau yang berkaitan dengannya. Nanti dituduh menghina mahkamah pulak. Tak pasal-pasal aku kena masuk penjara.

Aku cuma nak cerita kes mahkamah yang perlu aku hadiri pada 12 Februari ni. Ianya merupakan perbicaraan kes mahkamah yang ketiga setakat ni. Bukan kes bunuh atau kes rogol lah... kes bantahan pengambilan tanah. Aku kan kerja ngan gomen, so kena pertahankan nilailah dan hadir sebagai saksi pakar walaupun sebenarnya tak berapa pakar pon.

Bicara

Sebelum ni, perbicaraan adalah pada 28 Januari untuk kes lain, masa tu aku sampai tak dapat nak hadir majlis sambutan birthday anak aku kat tadika dia. Untuk yang 12hb nih pulak aku tak pasti.... Untuk makluman, sehingga saat aku menulih untuk entry nih, wife aku belum bersalin lagi walaupun dah due ahad lepas. Macam mana nih? Apa akan berlaku kalau dia nak bersalin pada tarikh yang sama...... Aduhhhh!!!! Kalau setakat mesyuarat aku tak heran tapi ini bicara kat mahkamah....

Dulu, member aku pon mengalami masalah yang sama. Dia bagi tahu boss nak minta excuse untuk tak pergi. Yelah, semua dah ada, laporan dan written reply semua dah buat. Bos tu boleh kata "Siapa yang nak bersalin?... U atau your wife?" Aduh mak....!!!!! apa punya statement la! Macamlah dia takda bini yang pernah nak beranak.. Kalau dia tu pompuan takper gak, mungkinlah datang bulan agaknya. Tapi yang bercakap tu lelaki. Tolonglah, soal beranak/ bersalin ni soal hidup dan mati. Kalau dikatakan waktu bini kita bersalin, mengalami masalah dan Allah lebih sayangkan dia..... dan kita pulak masa tu sebok ngan hal dunia..... Apa akan berlaku? Sapa yang nak dipersalahkan? Tolonglah korang bayangkan senario kat atas ni.... Kerja-kerja juga tapi famili lebih utama.

Sekarang nih hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui dan aku hanya berdoa supaya dijauhkan segala kesulitan......

Saturday, February 6, 2010

10th Anniversary...

10th Anniversary

6 Februari 1999, ikatan perkahwinan telah dijalankan dan dua keluarga telah disatukan kini pada 6 Februari 2010, genaplah 10 tahun ikatan tersebut dan dengan izinNya, ia akan terus terikat sehingga ke akhir hayat.....

Friday, February 5, 2010

Final countdown...?

Nursyazakhalid4

Hari ni sebenarnya adalah di antara hari yang sangat aku suka sebab aku BERCUTI.. Cuti sebab nak bawa wife gi final check up. Doktor kata kalau hari ahad ni tak bersalin gak, dia suh bawa klinik untuk check... err... perlu ker? Sebelum ni tak payah pon. Apa-apa lah, kan ker dia doktor pakar.

Apa-apa pon kita tengok jerlah nanti. Macam aku kata dalam posting yang lepas.... excited ke tidak ni?


Thursday, February 4, 2010

Excited ke tidak nih?....

PTK...?

Gambar kepok kat atas ni langsung takda kena mengena ngan apa yang aku nak cerita. Gambar kepok tu aku ambil masa mesyuarat Panel PTK hari tu. Benda dah ada depan mata, aipon plak didalam genggaman.... shoot ajerlah.

Untuk makluman rakan2 semua, wife aku dijangka akan melahirkan anak bongsuku pada 7hb Februari 2010 bersamaan hari Ahad ni. Namun tarikh tu hanyalah jangkaan sahaja. Seperti biasa 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas. 1minggu ++ dah berakhir so kena tunggu saja. Pada bila-bila masa sahaja ianya akan berlaku. Adakah aku excited atau tidak?... Excited tu yer tapi kali ni rasa pelik sikit. Excited campur risau pon ada. Risau sebab memikirkan tanggungjawab seterusnya. Bulan Mac ni pula dijangkan transfer order akan keluar. Tak sanggup rasanya berpindah diwaktu-waktu begini. Tambahan pula aku tak dapat sokongan dari parentku. Mereka cakap.."tak payah jadi ketua pejabat, jadi pegawai biasa jer...." Mereka tak setuju aku kena pindah walaupun mereka tahu aku kerja dengan Kerajaan Persekutuan.
Big Nose Big Company
Sokongan yang tidak ada telah menyebabkan aku rasa tak sanggup plak nak pindah. Sebab tak sanggup nak berjauhan dengan wife dan anak-anak aku terutama yang selalu jadi model fotografi aku. Kesian kat baby sebab kecik-kecik lagi dah berjauhan dengan bapaknya. Namun aku kena terus ke depan seperti poyut ku sebab kos semakin bertambah dan walaupun ada orang kata "wang bukan segalanya" tapi kalau takda wang, makanya akan hilanglah pulak segalanya...
Abang & Kakak

Tuesday, February 2, 2010

Kakiku besar a.k.a Bigfoot...

Orang melayu kata kaki besar...orang putih kata bigfoot.... heee. Teringat plak aku cerita masa dolu-dolu. Cerita pasal bersiri Bigfoot. Dia jerit "Bayabaaaaaa!!!!!!" heeee. Korang ingat tak? Kalau tak ingtat sudah. Aku bukan nak cerita pasal bigfoot tapi pasal saat penantian kelahiran Pewaris Takhta Bongsu ku. Dijangka 7hb ni akan lahirlah ia ke dunia yang penuh pancaroba ni, InsyaAllah..


Bigfoot




Besarnya kaki dia...hehe. Pakai kasut pon dah tak muat sekarang nih. Tapi masih gi kerja lagi.


Mama




Semua persediaan telah dibuat. InsyaAllah mencukupi dan sekiranya ada yang tertinggal maka akan diusahakan. Sementara tu layan jerlah game dalam tipon antik aku yang dah berumur lebih 3 tahun nih.


Sony

Anak Dara ku....

Syaza BW


Syaza BW1

Lamanya tak menulis..... Maklumlah sibuk yang bukan-bukan. Hari-hari nak kena gi mesyuaratlah, perbincanganlah dan kalau takder semua tu sibuk berfarmville plak. Muahahaha. Sebenarnya semua ni sebab notebook ku yang dah tak berapa sihat dan tambahan pula dah ada 'aiepon'. Tu yang malas nak buka komputer kat rumah tu... Komputer pon kalau nak buka kena guna direct current. Malassss!!!!



VAIO

Aku sebenarnya nak cerita kisah anak daraku yang dah 6 tahun umurnya. Hari tu buat sambutan besadaynya kat tadika dia jer. Aku tak dapat join pasal ada urusan kerja. Ibu dia jer yang ada dan amik gambar. Gambar belum pilih yang sesuai. Makanya aku guna jer gambar lain. Untuk hadiahnya, hari tu aku janji nak belikan dia buku sebab itu yang dia minta tapi masih belum jumpa buku yang best. Buku tu kira yang utama lah tapi untuk sampingan aku dah belikan beberapa buku cerita dan selipar baru untuk dia. Itupon dah kira gembira dah dia... Hari-hari dok baca buku tu. Semalam sampai demam sebab membaca sampai makan pon tak lalu....

Selipar

Kasut ni aku beli kat Bata jer.... sesuailah dengan kemampuanku. Harga tak ingat tapi murah jer. Masa tu sebenarnya nak beli kasut sekolah anak teruna ku yang hilang dicuri kat surau sekolah. Bila tengok abangnya beli kasut baru, dia pon tak nak kurang gak. Itula pasalnya dibelikan.

kasut

Sepatu Syaza

Anak teruna aku malam tadi bagi tahu, dia tertinggal pulak kasut baru tu kat sekolah... Adoiii kira dah hilang lah tu... Dah Tahun 4 ni, tiap-tiap minggu lah pulak hilang kasut. Anak oh anak..

Blog Widget by LinkWithin