Agreement belum habis sign la...
Semalam petang aku bawak wife aku gi klinik untuk check doktor mengenai perkembangan baby. Maklumlah pagi tu dah ada tanda darah keluar. Tarikh due pon Ahad lepas. Doktor tu check, jantung baby ok, pergerakan pon ok. Doktor tanya wife aku nak induce ker? Bini aku cakap Tak Nak!!!
Hari ni doktor suh datang lagi kalau tak bersalin juga sebab dia nak induce.... Hallooooo doktor!!!! Kenapa nak paksa dia keluar kalau belum sampai masa? Kenapa nak kejar patient ker takut tak dapat bisnes? Baby sihat, ibu dia pon sihat kenapa nak induce plak? Karang kalau dah induce dan baby still tak nak keluar apa akan jadi? Dah tentu kena operate... Tak pasal-pasal kena pantang lebih dan risiko pon lebih gak.
Mungkin orang lain tak boleh tunggu dan tak sabar. Kiranya nak cepat2 bersalin dan boleh tumpu perhatian pada benda lain. Tapi aku, sorry, tunggu jer, kecualilah kalau keadaan memerlukan, baby dah lemah ker, air tetuban dah habis ker.... itu ok. Kalau perlu induce atau operate, aku tak kisah. Sekarang ni kalau korang tengok dah jadi trend mak bapak tentukan tarikh lahir. Kiranya kalau aku nak anak aku ada ic no. 1002101010xx maka paksa lahir esok 10 hb. Kekadang tu nak tarikh lahir sama untuk semua anak dia.
Orang lain aku tak peduli, tapi bagi aku, ketentuan hidup dan mati bukan kerja aku. Setiap roh sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu telah ada agreement dan sebelum dia keluar ke muka bumi a.k.a dilahirkan, dia kena sign agreement lagi. Aku hanya anggap, anak aku tu belum habis sign lagi..... alaa macam beli rumah la, setiap page kena sign, pastu banyak salinan plak tu...
Kepada rakan-rakanku yang sentiasa prihatin dan asik tanya aku bini dah beranak ke belum, sila pastikan anda ikuti lintas langsungnya nanti di pesbuk. Liputan akan dibuat dari mula nak bersalin sehinggalah baby tu keluar. So tunggu yek.
No comments:
Post a Comment