Can I F*** U.....?
Fuh!!!! tajuk yang penuh kontreversi! Sebenarnya aku tak nak ceritapon pasal tajuk tu atau yang berkaitan dengannya. Nanti dituduh menghina mahkamah pulak. Tak pasal-pasal aku kena masuk penjara.
Aku cuma nak cerita kes mahkamah yang perlu aku hadiri pada 12 Februari ni. Ianya merupakan perbicaraan kes mahkamah yang ketiga setakat ni. Bukan kes bunuh atau kes rogol lah... kes bantahan pengambilan tanah. Aku kan kerja ngan gomen, so kena pertahankan nilailah dan hadir sebagai saksi pakar walaupun sebenarnya tak berapa pakar pon.
Sebelum ni, perbicaraan adalah pada 28 Januari untuk kes lain, masa tu aku sampai tak dapat nak hadir majlis sambutan birthday anak aku kat tadika dia. Untuk yang 12hb nih pulak aku tak pasti.... Untuk makluman, sehingga saat aku menulih untuk entry nih, wife aku belum bersalin lagi walaupun dah due ahad lepas. Macam mana nih? Apa akan berlaku kalau dia nak bersalin pada tarikh yang sama...... Aduhhhh!!!! Kalau setakat mesyuarat aku tak heran tapi ini bicara kat mahkamah....
Dulu, member aku pon mengalami masalah yang sama. Dia bagi tahu boss nak minta excuse untuk tak pergi. Yelah, semua dah ada, laporan dan written reply semua dah buat. Bos tu boleh kata "Siapa yang nak bersalin?... U atau your wife?" Aduh mak....!!!!! apa punya statement la! Macamlah dia takda bini yang pernah nak beranak.. Kalau dia tu pompuan takper gak, mungkinlah datang bulan agaknya. Tapi yang bercakap tu lelaki. Tolonglah, soal beranak/ bersalin ni soal hidup dan mati. Kalau dikatakan waktu bini kita bersalin, mengalami masalah dan Allah lebih sayangkan dia..... dan kita pulak masa tu sebok ngan hal dunia..... Apa akan berlaku? Sapa yang nak dipersalahkan? Tolonglah korang bayangkan senario kat atas ni.... Kerja-kerja juga tapi famili lebih utama.
Sekarang nih hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui dan aku hanya berdoa supaya dijauhkan segala kesulitan......
2 comments:
Boleh hantar surat kepada mahkamah minta penangguhan dan lepas tu state kan alasan. Secara peribadi saya rasa alasan En Khalid ni kukuh dan Y.A Hakim tu mungkin akan mempertimbangkan...by the way hakim tu kan seorang wanita...mesti dia faham punya kalau tak pun akan cuba memahami walaupun diakhirnya penangguhan tidak dibenarkan :)
Masalah selesai.... Wife dah bersalin petang tadi
Post a Comment