Excited ke tidak nih?....
Gambar kepok kat atas ni langsung takda kena mengena ngan apa yang aku nak cerita. Gambar kepok tu aku ambil masa mesyuarat Panel PTK hari tu. Benda dah ada depan mata, aipon plak didalam genggaman.... shoot ajerlah.
Untuk makluman rakan2 semua, wife aku dijangka akan melahirkan anak bongsuku pada 7hb Februari 2010 bersamaan hari Ahad ni. Namun tarikh tu hanyalah jangkaan sahaja. Seperti biasa 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas. 1minggu ++ dah berakhir so kena tunggu saja. Pada bila-bila masa sahaja ianya akan berlaku. Adakah aku excited atau tidak?... Excited tu yer tapi kali ni rasa pelik sikit. Excited campur risau pon ada. Risau sebab memikirkan tanggungjawab seterusnya. Bulan Mac ni pula dijangkan transfer order akan keluar. Tak sanggup rasanya berpindah diwaktu-waktu begini. Tambahan pula aku tak dapat sokongan dari parentku. Mereka cakap.."tak payah jadi ketua pejabat, jadi pegawai biasa jer...." Mereka tak setuju aku kena pindah walaupun mereka tahu aku kerja dengan Kerajaan Persekutuan.
Sokongan yang tidak ada telah menyebabkan aku rasa tak sanggup plak nak pindah. Sebab tak sanggup nak berjauhan dengan wife dan anak-anak aku terutama yang selalu jadi model fotografi aku. Kesian kat baby sebab kecik-kecik lagi dah berjauhan dengan bapaknya. Namun aku kena terus ke depan seperti poyut ku sebab kos semakin bertambah dan walaupun ada orang kata "wang bukan segalanya" tapi kalau takda wang, makanya akan hilanglah pulak segalanya...
3 comments:
hehe iera pun excited jugak neh.hoho
Bro,posting kat mana pulak? Kalau tunggu, orang lain potong pulak. Biasanya macam tulah dalam Gomen.
Ira: Berat mata memandang, berat lagi poket mengendong....hehe
Bro Suhaimi, posting kat mana tak tahu lagi tapi transfer tanpa naik pangkat... Cola pon kena potong 100. Tapi betul, kalau kita tak pergi, orang lain yang pergi. Keluarga vs karier..
Post a Comment