Kronologi Kelahiran Pewaris Takhta Bongsu.....
10 Februari 2010 akan menjadi satu tarikh yang penting kerana setiap tahun lah pada tarikh ni aku akan kena beli kek dan hadiah sambut besday... hehehe.
Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kekawan dan sedara mara kat dalam pesbuk yang telah wish tahniah kat aku sempena kelahiran "Pewaris Takhta Bongsu". Ramai juga kawan dan sedara yang aku tak add sebagai kawan kat pesbuk kerana banyak sebab.... Sorry yek.
Pada 10/02/10 hari tu aku telah buat liputan secara langsung kelahiran untuk setiap 1/2 jam. Itupun ramai gak yang masih bertanya... apa update?. Hehehe... aku paham, ini semua sebab pesbuk dah tukar paparan lain yang menyebabkan ramai yang tak pandai nak tengok status terkini. Takpelah, semua tu dah berlalu.
Untuk tujuan rekod, berikut aku paparkan semula kronologi dan setiap update yang telah aku masukkan.
Laporan: Jam 8.45, On d' way to UMRA.
Laporan: Jam 9, dah sampai UMRA. Wife dah dibawa masuk guna wheelchair.... Belum pasti bila akan bersalin lagi.
Laporan: Jam 9.15, Nasib baik datang awal sikit. Berebut tempat la pulak... Ramai sangat orang nak bersalin hari ni.
Laporan: Jam 10, keadaan wife dah buka 2 cm errr... Bukan 2 kaki tau..!
Laporan: jam 10.30. Wife minta ampun guna sms sebab takut nangis kalau cara live. Air tetuban dah pecah... Dah buka 5 cm
Laporan: Jam 10.45. Wife dah masuk labor room. Kalau baby dah kuar, nurse akan panggil... Doakan supaya semuanya sempurna dan selamat..
Laporan: Jam 11.38. Masih belum ada berita. Wife kat dalam lagi dan aku sorang kat luar. Sedara mara tak nampak lagi.
Laporan: Jam 12.25. Belum ada perkembangan. Belum lahir lagi. Belum ada nurse yang panggil aku lagi.....
Laporan: Jam 12.40. Yeahh!! Aku dah boleh masuk temankan wife. Belum bersalin lagi. Wife masih sakit..
Laporan: Jam 1.45. Masih belum ada perkembangan lagi. Keadaan masih sama. Alamak pokok bunga aku kat farmville tak berharvest lagi..... Adoi.. Rugi2
LAPORAN TERKINI: Jam 2.40. Alhamdulillah, isteriku selamat bersalin.... Kejap lagi gambar baby akan dipaparkan....

Akhirnya keluarlah Pewaris Takhta Bongsu yang amat gagah perkasa dengan beratnya boleh dimasukkan ke kategori heavyweight... 4.3 kilo. Maka gegak gempitalah semua rakyat akan menyambut kelahirannya. Tidak ketinggalan juga doktor yang membidankan menarik nafas lega kerana sesungguhnya dia mengaku ngan aku yang dia panik masa menyambut kelahiran pewaris ni. Apa-apapon semuanya telah selamat walaupun terdapat beberapa masalah kecil. Di saat aku menulis blog ini, anak ku masih lagi di hospital ditemani bidadari bertopi yang amat kagum dengan kegagahannya.... hehee.
Ok lah itu sahaja. Nak tahu nama? Aku takyah cakap, nanti korang tahu gak...
No comments:
Post a Comment