Thursday, September 29, 2011

Apa akan berlaku esok ..?

Sebenarnya aku takda mood langsung nak tulis kat dalam blog ni hari ni. Namun setelah sejam, aku tulis juga. Fikir tajuk 1 jam... nak intro 1 jam.. Cerita belum masuk lagi. Kenapa sekarang ni aku jadi malas segala-galanya???? Kenapa aku sebok sangat nak menulis dalam blog? Ada orang tulis blog sebab nak bagi orang baca, ada pulak yang tulis sebab nak suruh orang komen. Tapi bagi aku, menulis dalam blog atau dalam pesbuk adalah salah satu cara aku berfikir dan meluahkan sesuatu. Ada kalanya aku agak keras dan adakalanya aku juga sensitif. Apa yang aku tulis hanyalah umpama menulis di dalam diary macam budak-budak pompuan suka buat tu. So kepada sesiapa yang tersensitif tu aku minta maaf. Aku mungkin tak macam korang dan korang juga tak macam aku.

Tajuk macam nak cerita hari esok tapi apanya? Apa akan berlaku esok? Adakah esok masih ada? Tiada esok bagimu? atau Menanti hari esok?...... Esok adalah esok.. Hari ni adalah hari ni.Esok tidak akan menjadi hari ini dan hari ini tidak boleh jadi hari esok. Tapi esok seseorang akan menerima nasib yang malang. Apa guna berbuat baik dengan orang yang tak mahu berbuat baik dengan kita dan diri sendiri. So sorry, orang kata bila dapat anak, rezeki kita bertambah tapi mungkin esok ada orang yang akan hilang rezekinya.... (yer..yer..yer.. aku tahu rezeki Allah yang bagi tapi Allah juga yang bole tarik rezeki tu balik.) Kalau hidup menyusahkan orang apa guna hidup. Susah2 dapat kerja tapi langsung tak pikir masa depan.... Susahla macam tu der... aghhh. tunggu jer esok!!!!

Esok dan hari ni adalah benda baru tapi semalam dan dulu adalah sesuatu yang tak dapat diulang... Adakalanya bila aku brjauhan ni dan tengok balik gambar anak2 aku terutama yang sulung dan gegirl tu, rasa sedih pulak. Rindu keadaan dia masa dulu. Bila ada yang kecik sekarang, aku pulak berjauhan...... Sedey ni wey... Nasib la ada pesbuk dengan blog ni yang dapat aku luangkan dan luahkan perasaan. Aku tak kira ada orang baca atau tidak atau ada orang komen atau tidak. Apa-apa pun rezeki, ajal maut dan jodoh adalah ketentuanNya yang maha esa........

Kat bawah ni adalah salah satu gambar yang selalu aku tengok dan terasa sayu bila tengok wajah bebudak ni....

100_0475

Kat bawah ni pulak sapa lagi... Boboboi la...

lay 3

lay 2

lay 1


Powered by VAIO

1 comment:

hersya khaleeda said...

aduhaiii...lindu nyer nak g cuti2 kat CH ni...rase tenang je jiwa bila g sini....

Blog Widget by LinkWithin