Kisah kebaya yang tak kunjung tiba...
Bulan posa yang lalu dengan hati penuh waja aku telah membuat lawatan menghabiskan duit ke Sarikin. Hajat di hati ingin membelikan kain yang indah, sutera bandung kata orang boyan.....
Sesampai di sana, terus ku tuju ke kedai yang jelas menampakkan barang jualan yang ku idamkan di hadapan kedai. Oleh kerana telah kukenalin pak indon tu maka tak susah untuk aku menepung tawar... Cakap lebih kurang, terus minta diskaun.
Atas kebijaksanaan pahlawan boyan, maka harga yang mahal telah dapat ku jinakkan. Maka tercapailah hajat dihati membelikan barang terindah untuk ibu cucu mak aku. Dipendekkan cerita, telah ku bawa pulang ke Malaya dan menyerahkannya kepada yang berkenaan.
Dipendekkan lagi... Akhirnya kain tersebut telah kuserahkan kepada kekanda inlaw ku untuk dijahit. Namun purnama berganti purnama... Ogos berganti september.. Ramadhan berganti syawal... Namun kelibat kebaya masih belum kelihatan...
Ini bukan salah kekanda inlawku tapi rasanya yang berkenaan masih tak sanggup nak memakai kebaya tu kalau dah siap... Pasai tu lah agaknya tiada pressure untuk disegerakan kesiapannya.... Hari ini aku telah pulang ke Pulau Borneo dan aku masih belum melihat sebarang kelibat kebaya cekelat keunguan tu..... Hanya kelihatan gadis2 munggil berkebaya ketat di stesen kapal terbang tadi...
Diharap minggu hadapan kebaya akan berkunjung sempena bulan syawal yang belum berkhir ini... Kebaya oh kebaya...
1 comment:
nak bt camner dah xde rezeki pakai raya...org tempah baju raya sebelum pose...kite bagi dah bulan pose mmg le x sempat siap huhuhu...kempunan jg aku nak pakai nih...
Post a Comment