Rambut sama hitam tapi aku punya putih......
Minggu lepas semasa aku berkursus bahasa omputih, aku telah menerima panggilan hangit dari landlord mah sewa aku kat "State of Reflexology" ni. Dia kata dia nak bagi notis 1 bulan kat aku sebab dia nak bagi sewa seluruh rumah pada penyewa baru. Agak terkejut juga tapi ye lah... sekarang ni dia sewakan bilik-bilik jer. Sebelum ni ok coz penyewa sorang lagi yang bukan aku tu bujang. Ruang tamu semua kosong. Namun baru-baru ni penyewa tu dah keluar dan landlord telah bagi sewa pada penyewa baru... Couple muda dari Sibu kerja kat sepital sawak nih.Masalahnya couple tu dah occupied seluruh rumah dan menimbulkan kesusahan untuk landlord tu nak sewakan lagi satu bilik tu. Itu aku dah agak dah... So bila dia kata nak sewakan seluruh rumah, aku faham dan landlord tu juga rasa bersalah sebab terpaksa bagi notis kat aku. Maklumlah, aku ni penyewa yang sangat baik katanya.(Apadaaaaa... zaman sekarang cakap kosong jer mana nak jalan, bagi la aku dating ngan anak ko barang seharipun).
Dipendekkan cerita yang tak berapa pendek ni, landlord berjanji untuk mencarikan rumah sewa tuk aku. Alhamdulillah... sesungguhnya orang baik cam aku akan mendapat layanan yang baik juga. (Hah! tak baik taw korang nak mengata aku... walaupun didalam hati dah kira ngumpat gak.) Selang beberapa hari landlord hantar sms mengatakan orang yang nak bagi sewa kat tempat baru tu tak jadi nak bagi aku sewa. Aduh.... terguris hatiku sehingga menimbulkan kegusaran yang amat sangat... Bukan apa, kat sawak ni, nak cari mah sewa banyak tapi sistem diaorang kalau sewa tak cukup setahun, sewa kira "terbakar". Aku pun tak pasti lagi ni status aku kat Kuching sebab bila-bila masa akan kena campak dan dihumbankan ke tempat lain.
Dipendekkan lagi cerita yang masih tak pendek-pendek ni, beberapa hari lepas, landlord telah bagi aku option baru. Bilik untuk disewa yang sangat hampir dengan ofis aku. Sebuah rumah double storey semi-detached. Sewa RM250 tak masuk api dan air. Ok gak tu tapi aku masih berbelah bagi... Masih blur dan masih terguris di atas perubahan yang terpaksa aku lalui. Petang tadi aku telah pergi tengok rumah tu dengan landlord dan alhamdulillah.... bilik yang nak disewakan tu ok dan keadaannya bersih. Aku telah mengambil kesempatan untuk berbincang dengan landlord mengenai condition "sewa setahun" tu. Alhamdulillah lagi sebab dia bersetuju untuk tidak mengikat aku dengan syarat tu dan aku boleh bagi notis 2 minggu jer. Alhamdulillah sebab tak sia-sia aku jadi tenant yang baik walaupun tak dapat kuar tengok wayang ngan anak dia. Esok lusa kalau aku rajin, aku up gambar mah sewa baru aku tu beserta ngan gambar awek baruku jua... muahahaha.
Err nanti jap, tajuk aku masih belum kena mengena ngan cerita aku ni.... Aghh!!! der, suka hati wa la der nak bagi tajuk apa pon. Ni blog wa der. Biasalah tajuk lain citer lain der.Rambut lu hitam tapi rambut wa tak hitam der. Rambut wa blonde der coz banyak sangat makan pizza.kihkihkih.....
Powered By VAIO
No comments:
Post a Comment