Thursday, April 26, 2012

12th International Real Estate Symposium...

Di dalam penerbangan MH 2564 di tempat duduk 7F yang takda tingkap di dalam pesawat Boeing model 734 kita bersua kembali untuk kali yang ke-19 tahun in. Perjalanan kali ini adalah untuk pulang ke Kucen di mana situlah aku mencari rezeki demi sesuap nasi yang telah ditambah 13%.

Tajuk di atas adalah sangat sewius.. tapi seperti biasalah akan tetap kucuba untuk membuat suatu bentuk penulisan yang lebih matang dan berilmiah. Itupun kalau aku nak tulih camtu.. Muahahaahha.. Tujuan aku balik kali ini adalah kerana nak menghadiri seminar antarabangsa berkaitan harta tanah. Seminar 2 hari jer tapi disebabkan aku amik cuti hari Isnin maka dapatlah aku balik Jumaat lepas.

Seminar ni juga dikenali sebagai IRERS dan diadakan 2 tahun sekali tapi ini adalah kali pertama aku dapat hadir. Sebelum ni aku tak minat pon namun semenjak dua menjak aku berhijrah ke Kucen, makanya semua kursus atau seminar aku seronot nak pergi. Seminar ni dirasmikan oleh Menteri Kewangan II pada selasa yang lepas dan tamat semalam. Sangat menarik sebenarnya seminar ni kerana terdapat banyak pilihan pembentangan kertas kerja oleh pembentang2 luar dan dalam negara. Sebahagiannya adalah calon PHD dan kita boleh pilih ikut kelas mana kita nak pergi. Kalau rasa kurang menarik maka kita boleh tukar ke kelas lain. Pada hari pertama sebelah petang, aku cuma dok dengar sampai kul 3.30 jer sebab lepas tu aku lari balik ke Shah Alam sebab nak pergi sign agreement ngan bank. Wang masuk!! Wang masuk!! Hari pertama jer.. Hari kedua aku duk khusyuk dengar walaupun di belakang tabir.. Huhuuu...

Aghhh..! Boringlah citer pasal seminar2 ni. Aku nak citer pasal Honda dan dueet plak. Beberapa hari lepas, kawan aku yang jual keta Honda tu ada forward gambar Honda Civik baru yang akan keluar Julai ni. Harga tak pasti berapa tapi harap tak naik lah sebab kalau naik, nanti Ekod pon naik gak.. Punahlah harapanku nanti. Walaupun rekabentuk menarik dengan penambahan yang tah apa bendapun aku tak tahu tapi aku tetap tak minat. Dulu masa anak kepada onyang anak bongsuku beli, pernah la aku belasah kejap. Bagi aku kereta ni tak sesuai ngan aku sebabnya kepala aku asik nak terantuk jer kat bahagian depan bumbung.

Memandangkan bank telah meluluskan personal loanku yang setengah juta tu makanya kalau nak bayar dwn payment ekod tu dah boleh dah. Namun kena bersabar. Aku ada perancangan lain sebab duit tu aku cadang nak bayar hutang kredit kad dan hutang kereta waja ku yang sangat pandai mencari duit tu. Sebahagian besarnya aku nak simpan dalam ASB untuk bekalan kontigensi. Betul lah.. Mana tahu, tetiba aku disuruh oleh biniku supaya berkahwin lagi satu sebab dia nak pakai payung emas. Masa tu kalau takda backup, camana aku nak menikah.. Huhuhu. Sebahagian lagi aku bercadang nak belikan keperluan amoi dan anak2ku. Kesian diaorang, aku ni dah ler jarang dapat melayan sebab bertugas jauh seribu kilometer dari family. Makanya dengan menunaikan hajat mereka maka ku harap mereka dapatlah menghargai diriku yang kecil ini. Aku bercadang nak tunaikan dulu hajat mereka yang munasabah sebelum aku mencapai hajatku pula.

Minggu ni aku nak settlekan kad kredit dahulu dan minggu depan pulak aku nak gi buat full setlement wajaku. So lepas ni aku akan dapat menikmati 'extra' termasuklah yang 13% tu. sesekali nak rasa camana enjoynya ada duit extra tiap bulan walaupun sebenarnya aku kena beghutang sampai umur aku 60 tahun....

Ok lah flite dah nak landing. Gambar kat bawah ni adalah gambar Honda Civik yang akan dilancarlan tu beserta gambar semasa simposium tu.. Chiow..!







3 comments:

hersya said...

x best civic ni...nak ekod jugakkkk...heeee....cam aku plk yg nak beli...

mahadzir said...

Pakcik like

Khalsyaza said...

I like it too...

Blog Widget by LinkWithin