But Merah...
Penerbangan kali ni adalah yang ke-18 tahun ni dan destinasi ke kay el. Kapal yang aku naik ni rasanya adalah yang berlainan dari kebiasaannya. Biasanya flite MH2529 petang Jumaat dari Kuching akan menggunakan Airbus A330-300.. Tapi flite kali ni Airbus A330-200 pulak. Ahh.. tak kisah lah apa pon janji aku dapat naik kapal besar yang lebih selesa. Seperkara yang menarik kapal ni adalah dia takda alat kawalan blower ekon kat atas kepala.. Cuma ada lampu jer.
Apa aku nak citer pepetang ni yek.. Takda idea langsung nak ngarang tapi kalau tak buat sesuatu bosan plak. Balik kali ni aku bawak balik 2 but baru untuk putera bongsuku... Ermm asik di jer dapat memacam ni. Jangan kakak dia ngamuk sudah ler.. But baru tu satu warna merah dan satu lagi warna biru. Biru tu agak lain sikit dari but biru dia yang sedia ada. But biru ni tapak pon biru gak... Tak ler cun sangat.. better yang sedia ada lagi tu. tapi saja jer lah beli..
Tadi masa kat epot, rasa lapar sebab tgh hari tadi tak gi lunch. So singgah mentar di Mc D... Naik jer kapal ni makan nasi plak ngan lauk ikan masam manis... Sekarang ni perut aku dah senak wei.. Biasalah... Bila malas makaya idea pon tak kreatif. Bila dah tak kreatif maknanya malas lah kan...
Ok lah malas lah plak rasanya nak nulis dalam keadaan perut senak ni.. Babai.. aku nak tido...
No comments:
Post a Comment