Thursday, April 5, 2012

Udang Galah Sungai Sarawak....


Assalam dan pada ketika ini aku di dalam penerbanganku yang ke 16 tahun ni dengan menggunakan kapal berawek baju kebaya MH 2517. Destinasi masih lagi Kay El dan masih belum ada rezeki nak ke destinasi lain. Petang ni penerbanganku lewat disebabkan terdapat penumpang yang menggunakan stretcher di dalam penerbangan sebelum ni. Apa-apa jer lah... Janji aku buleh balik.

Aku sebenarnya patut balik di Jumaat yang lepas dan menghadirkan diri ke kursus pada minggu ni di Inspen. Namun disebabkan berlaku perubahan jadual makanya untuk pertama kalinya aku di Bumi Borneo ni menolak kursus. Terpaksalah aku buat surat kepada tok KP ku. Bukan boleh tolak-tolak camtu jer. Kenapa plak aku tolak? Ermm sebenarnya di saat akhir aku telah menerima surat panggilan ke konvokesyen yang ku sangkakan tak sempat. So kalau aku balik juga Jumaat lepas maka 15 hari straight aku akan berada di Malaya. Kesian plak aku kat pegawai aku kot-kot ada masalah nanti takda orang nak tolong selesaikan. Lagipon claim-claim staf aku belum diperakukan. Termasuklah claim aku sendiri. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Bulan lepas aku ada cerita yang aku beli udang galah dalam sekilo setengahkan.... Maka kepulanganku kali ni aku membawa lebih ramai lagi binatang ni. Ampat kilo semuanya dan bilangannya hanyalah 24 ekor. Ermmm aku pon sekarang ni tak sabar nak tengok camanalah rupa udang galah yang aku beli ni. Average 200gram setiap sekor. Semua tu aku bayar dengan sebanyak 160 ekor harimau. Mungkin korang kata mahal.. Ermmm bagi aku harga adalah satu perkara tetapi nak mendapatkan udang galah yang bersaiz gergasi ni bukannya mudah. Dulu masa kt kampung mertuaku, udang galah yang dibeli oleh mertuaku taklah sebesar tu. tak kisahlah... lagipon aku beli guna duit aku dan yang nak makan pon aku ngan anak2 aku jer. Mungkin beberapa ekor akan aku hantar ke rumah adik pompuanku (ingat tak kisah sebelum ni pasal adik aku yang datang ke Sarawak ngan hubbynya yang semata-mata nak selesaikan masalah tu...) Tapi tengok dulu kalau aku rajin nak gi hantar. Ni nak balik pon semalam dia hantar sms nak amik aku tapi aku bagi tahu dia aku naik teksi jerlah. Taknak aku nyusahkan dia nak hantar aku. Kat Bt 3 tu jem petang2 ni. Lagipon duit teksi aku boleh claim... Official maa...

Ok lah malas lah aku nak tulis lagi. Kapal pon dah nak sampai tapi kapten baru jer bagi tahu yg tower suruh dia perlahankan kelajuan. Ada speed trap kat depan katanya.. Hehe.. KLIA sesak sekarang ni.. Tu yang terpaksa tunggu giliran tuk landing. Ok sekian terima kasih.


Surat Konvo

Surat atas adalah panggilan untuk konvokesyen manakala kat bawah ni surat yang mengesahkan bahawa permohonan untuk pendaftaranku telah diluluskan 

Surat lulus

DSC_0945

No comments:

Blog Widget by LinkWithin