Tuesday, June 24, 2008

How to fold a t-shirt..

Tadi masa aku tgh boring giler, aku dok tengoklah fail-fail lama kat dalam komputer aku ni. Pastu aku terjumpalah video ni yang aku dah save lama dulu. Oleh itu aku nak berkongsilah cara-cara melipat baju ni. Sesuai bagi mereka yang malas cam aku nih..


Petrol & Kad Kredit Bercerai talak 1

KUALA LUMPUR: Semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak. Keputusan Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.


Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan semua 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank. Beliau memberi contoh bagi setiap liter diesel yang dijual, pengusaha hanya memperoleh keuntungan 4.5 sen tetapi terpaksa menanggung caj bank sebanyak 2.58 sen. "Selepas ditolak kos pengewapan sebanyak 1.29 sen, pengusaha hanya mendapat 0.63 sen yang juga akan ditolak sewa lesen cukai operasi (OLF) dengan kadar yang lebih dari itu. Kadar minimum sewa OLF yang dikenakan adalah 0.63 sen. "Ini tidak termasuk gaji pekerja, penyelenggaraan serta kos lain yang menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Abdul Wahid berkata, walaupun kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak, ia belum dilaksanakan dan pengusaha masih terus menanggung beban kos operasi yang merugikan. "Oleh itu, selepas mencapai persetujuan bersama, kami putuskan semua urus niaga menggunakan kad kredit dihentikan sehingga kerajaan menaikkan komisen jualan ke tahap yang munasabah dan mampu membantu kami untuk mengatasi kerugian selama ini," katanya. PDAM sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan komisen jualan minyak daripada tiga peratus yang dinikmati sekarang kepada enam peratus. Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, dilaporkan berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak seperti dituntut oleh PDAM.


Beliau berkata, kerajaan akan berusaha memenuhi tuntutan PDAM secepat mungkin kerana ia mempunyai kewajaran akibat beban kos operasi yang semakin meningkat.


Habis lah camni.... selama ni aku isi minyak pakai kad kredit tapi lepas ni aku nak pakai apa? Memanglah ada cash kat tangan tapi itu untuk makan. Cash yang patut digunakan untuk isi minyak aku bayar kad kredit (hutang minyak bulan sebelumnya). Habis tu lepas ni nak buat camano???? Dulu aku respek gila kat Sharir pasal hebat kononya mempertahankan hak rakyat.... Tapi sekarang ni? Aku ingat si Shapie ap bedal tu lagi bagus. Org kaya takper lah.. cash banyak, sana masuk...sini masuk... Adohai PakLah.... Janganlah buat rakyat tertekan.......


Monday, June 23, 2008

Gambar pembinaan Anjung Kristal

Gambar-gambar ni aku jumpa kat dalam internet.. tengok2 rupanya kawasan perumahan aku. Gambar ni diambil antara Mei hingga Julai 2006. Untuk pengetahuan anda semua, inilah ANJUNG KRISTAL....


Bagi mereka yang memiliki rumah kat sini, cuba tengok betul2 kot2 ada nampak rumah masing2.





Apa-apa pon kena ucap terima kasih kat "chekzai" sebab gambar2 ni semua dia yang punya.

The upcoming movies...

Sapalah punya idea ni.. creatif betoi...






Monday, June 16, 2008

Rumah Zul PTPL....

Tak abis lagi nak cerita pasal gi Kota Bharu hari tu.. Memandangkan member aku, pak mertua dia meninggal pada 4hb tu makanya aku tak tergamaklah nak ajak dia kuar malam tu. So kita orang sekeluarga ajaklah zul sorang jer. Tapi pada malam tu, zul kena bawak kereta lah sebab takkanlah kita orang satu famili nak naik motor dia plak. Pakai akai la.. Atas jasa baik zul, maka arakiannya dia bawak lah keretanya.. Tapi pada masa tu minyak dah menyala. So, aku cakap kat zul, kita gi isi minyak dulu lah. So lepas satu stesen minyak ke satu stesen minyak kita orang pergi tapi semua tak boleh nak isi sebab pada malam tu jugaklah Pak Lah umumkan harga minyak naik. Korang bayangkanlah betapa tensen nya semua orang nak ngisi minyak. Last sekali zul kata, kita gi isi minyak kat ngan mah dia, kat "Wakaf Baru". Punya baik potong "Q" tapi akhirnya setelah beratur hampir 1 jam......tokey kedai kata "Minyok abih wei! Minyok abih doh!!" Siap ada plak kutu dok sahut "Merdeka!! Merdeka!!". Cih hampeh betul..

Abih tu nak buek camno, minyak kat stesen dah abih, minyak lam keta plak tak cukup nak antar kita orang balik. Tapi dah takdir agaknya, akhirnya kita orang dapat gak gi mah sewa zul. Sewanya murah jer RM180... Kalu Lembah Klang aku ingat mau dalam RM400 ke RM500 kot. So camno nak balik? makanya aku terpaksa lah jugak menebalkan muka tipon member aku tu yang bernama Rizal anak Mawi (sekarang dah bergelar Tuan COB). So lepak lah mah zul sambil minum milo 'O' . Oh lupa plak nak cerita, famili zul pada masa tu takder sebab balik kampung. Dengar cerita org tuanya tak sihat. So akhirnya kita orang pon selepas minum2 kat mah zul maka dihantarkan pulanglah ke singgahsana kami di Bandar Kota Bahru oleh Sang Kelembai ngan kereta bapaknya. hehehe... jangan marah tuan COB!






Itulah kisahnya, the end.
(Sebelah tu gambar makhluk yang dimaksudkan)

Blog Widget by LinkWithin