Tuesday, December 2, 2008

Impian menjadi kenyataan...



Sebagaimana yang pernah aku cakapkan dulu, aku dah berjanji ngan anak sulung aku, yang aku akan belikan PS2 atau Gameboy untuk dia kalau dah bersunat. Dengan hati yang berat dan poket yang ringan, aku telah membuat keputusan untuk membelikan dia PS2. Dia nak PSP atau gameboy. Masalahnya PSP mahal sangat dan Gameboy kecik sangat. Lagipon nanti aku takut dia bawak merata sampai ke sekolah. Alamatnya nanti tak sampai 2-3 bulan dah rosak.

Hasil pertanyaan dan perbincangan ngan kekawan yang biasa dengan benda ni, maka aku buat keputusan beli PS2. Kenapa aku beli PS2 dan bukan yang lain?

  • Sebab, PS2 boleh main 2 orang
  • Sebab, PS2 tak boleh bawa merata-rata
  • Sebab PS2 murah sikit dari PSP
  • Sebab CD game dia mudah nak dapat
  • Sebab PS2 aku pon boleh main sekali...

Aku beli kat Shah Alam Mall, harga pun boleh tahan dan munasabah. Harganya semua sekali adalah RM580.00. Dengan harga tu aku dapat benda2 nih:

  • 1 Unit PS2
  • 2 unit cotroller (1 ori & 1 immitation)
  • 1 unit beg PS2
  • 10 CD games
  • 2 unit memory card (1 aku beli dan 1 lagi cina tu termasukkan dalam beg aku..hehehe).

Akhirnya tercapai juga impian anak aku nakkan benda2 tu....

6 comments:

Anonymous said...

HAH!!!! Boleh la kenkawan pinjam CD...

Khalsyaza said...

kalau takder memory card, boleh la beli ngan aku....hehehe

Nukilan ida said...

uiks.. murahnya dah yer ekarang.. ingat lagi dulu2 abglong ku giler bende tu sampai sanggup beli beribu2 ringgit nyer...
yang best kalau main yang dancing tu.. bleh exercise sekali..

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Bro,
Impian anak ke impian ayahnya? Aku pun mengalami pengalaman yg sama dulu. Sekarang anak dah upgrade ke PSP pulak. Tahun depan gerenti dia minta PSP pulak.

Khalsyaza said...

Impian anak atau impian ayah??...ermmm susah nak cakap. Tapi... paham2 jerlah sendiri. Masa bujang dulu selalu belasah member punya. main dari malam sampai ke besok paginya...nonstop macam flite gi haji.

heretic preacher said...

hehehhehe
ps2 ni kategori big-boys-toy, kompom si bapa pon ketagih nnt...
saya mencadangkan game guitar hero, tp harus berhati2 kerana penggunaan berlebihan bleh mnyebabkan kekejangan jari kelingking hehehe

Blog Widget by LinkWithin