Friday, December 12, 2008

Asal usul Cappuccino....


Kopi adalah minuman kegemaran ku. Kalau tak pekena kopi atau nescafe, tak sempurna hidup... hehehe. Bagi setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab dan puncanya. Begitu juga setiap perkara dan benda mesti ada asal usulnya.

Tahukah anda dari mana asalnya minuman kopi yang dikenali sebagai "Cappuccino"? Cappuccino ni asal sejarahnya berlaku pada sekitar abad ke 18 di mana seorang pelancong dari Italy telah belayar ke Melaka. Sesampainya di Melaka, beliau lihat tak ada pon seorang yang berbangsa sama dengan beliau. Akhirnya, beliau meneruskan perjalanan sehingga ke Negeri Sembilan. Sesampainya di Negeri Sembilan, beliau keletihan dan bertanya dengan penduduk setempat di mana beliau boleh berehat minum kopi. Penduduk tu pon cakap "kek sano ado kodai cino... kalau nak minam, bulehlah minam kopi cino tu." So, pelancong tu pon terus pergi dan menikmati kopi kat kedai cina tu. Sungguh menyelerakan kata pelancong tu. Al maklumlah, sebelum ni dia orang asik minum kopi pait jer a.k.a black coffee. Memandangkan pelancong tu tak gheti sangat berbahasa melayu maka timbullah perkataan "kopicino a.k.a. Cappuccino" hehe... orang2 Negeri Sembilan sepatutnya boleh berbangga dengan kejadian ni..

Di Malaysia pada satu masa dulu sangat popular dengan kedai2 kopi yang dikenali sebagai Starbuck lah... Coffee Bean lah.. Tea & Leaf lah.. dan bermacam lagi yang harganya sangat mencekik darah. Tapi bagi mereka yang pentingkan status, diaorang ni suka la lepak kat kedai kopi mahal nih. Aku lepak kat kedai mamak jer.

Tapi sekarang nih dah jadi satu trend pulak orang pergi ke kopitiam. Setahu aku, kopitiam yang popular masa dulu adalah seperti White House di Kota Bharu, Kluang Railway Station di Kluang dan beberapa tempat lain. Kopi diaorang ni memang sedap. Tapi sekarang, kewujudan kopitiam ni dan jadi macam cendawan kukur. Ada yang dapat status halal dan ada yang takda status halal. (aku tak kata haram). Baru2 ni ada satu email yang telah ku terima dan menyebabkan aku terpanggil untuk memasukkan ke dalam blog aku ni.

Kopitiam ni maksudnya kedai kopi dan penggusahanya boleh dikatakan 95% adalah bangsa cina. Namun disebabkan kopitiam sekarang ni moden, maka dia nampak sama macam starbuck atau Restoran A&W dan yang lain2 lagi. Takder lagi apek atau nyonya tua yang kelihatan membancuh kopi kat dapur. Namun, korang tahu ker apa yang diaorang jual.? Maksud aku kandungannya. Mereka tak salah kalau menjual benda yang tidak halal sebab mereka hanya menjalankan perniagaan makan. Siapa suruh org Islam pon sebok gak nak ke kedai mereka?

Di bawah ni beberapa gambar yang dapat aku masukkan untuk pandangan dan pertimbangan korang semua. Korang semua dah besar panjang dan dah ada akal. "Lu pikirlah sendiri". Jangan salahkan aku kalau kat akhirat nanti korang kena soal sebab makan benda yang tak halal. Aku hanyalah pengantara sahaja. Walaupun korang pikir, email ni mengarut dan takda babi yang terlibat, tapi korang pikirlah, ayam tu beli kat mana? sembelih ke tidak? Sedangkan yang didakwa halal pon ada yang bercampur ngan haram.


Boleh beli kat pasaraya...

Macam kat Tesco jer..


Menu dia ada jual mee yang sama lah... mesti best ni sebab takda logo "tidak halal"...

Ermm.. nampak menyelerakan...



Macam biasa nampak jer.. kat Plaza Masalam, Shah Alam pon ada nih..
Illegal?.. cuba korang check sendiri kat JAKIM...

Apa yang aku tunjukkan di atas cumalah kajian yang dibuat oleh rakan2 kita. Tepuk dada tanya selera. Pihak kopitiam tidak salah sebab mereka bukan orang Islam pon. Kepada orang2 Islam, pikirlah dahulu, adakah kita semua nak makan dan bagi anak bini makan makanan yang meragukan.

Di kawasan mah aku ni pon ada kopitiam yang popular.... Pak Li Kopitiam. Pak Li tu korang kajilah lebih lagi. Cuba tengok2 kat dapur, dan tanya2 kat staff seperti ayam ambil kat mana? Mungkin ada diantara kita kata..." minum kopi pon salah ker?" Aku tak kata salah, ini free country, lantak koranglah kalau nak pergi pon. Tapi sebagai muslim, aku cuma bagi pandangan jer....

(Teringat aku kat cerita salah sorang sedara aku yang bertugas kat UK. Dia kata "Kat sana pon ada KFC gak, tapi tak sedap sangat ayam dia" Astaghafirullah.... dia ingat KFC yang jual kat M'sia sama dengan yang ada kat seluruh dunia ker?)

7 comments:

heretic preacher said...

alamak... prnh la plak lepak old town, sib bek bkn mkn mee, mnum kopi je... pasni taknak lepak dh la... time kasih bro... katakn TAKNAK pd kopitiam!

Khalsyaza said...

Kalau dah ketagih sangat nak minum kat kopitiam, hang pi jer kat Miza Kopitiam tu.... sama jer kopi gak. Kalau tak pon hang beli kopi Radix. Kompom bumiputra punya (ala yang kawin ngan artis muda dan bagi merc sebijik tu.).... "Mai secawannn..."

Nukilan ida said...

mm... makan minum kat umah jerr la..
guarantee Insyallah halal..
laki bini la kene masuk dapur baru mesra dan meriah..
tak terasa penat memasak biler balik keje pepetang..
pengikat kasih sayang..
yang student2 tu kalu nak lepak pilih la yang 'selamat' macam A & W or KFC.. i wonder how the student ada banyak sangat masa.. my time masa pun susah nak cari.. apatah lagi sekarang ni

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Orang putih kata " take for granted". Kita sendiri yang tak sensitif dengan apa yang kita makan sebab dah jadi budaya di malaysia untuk makan di luar, lebih-lebih lagi sangat mudah untuk makan di luar dari memasak di rumah. Nampak restoran happening sikit walau belum tahu halal/haramnya kita pun balun.

**Anjung Kristal** said...

BETUL & TEPAT, sebaiknya makanlah dirumah. Tapi kalau tak sempat cam kami, yang balik dah lewat, kekadang tu memang kena beli kat luar atau paling tidak pon beli burger jer. Walau bagaimanapun, kami tetap pastikan apa yang kami beli tu, tahu asal usulnya. Makananlah yang akan menjadikan kita sama ada menjadi bertambah baik atau sebaliknya.

mrclean d' 7 said...

bini buat kopi lg sodapp...skrg nie kat area umah kita pun dah ada kopitiam baru..kaya kopitiam...brpa byk dah kopitiam ? yg common nya tauke tatap cina,,waiter tetap bangla..lu pikir lah sendiri

Anonymous said...

Salam semua... Coffe real macacappuccino.....coffe pracampuran terbaru dipasaran...keterangan lanjut..layari laman web www.macacappuccino.com

Blog Widget by LinkWithin