Nasi Lemak Laut China Selatan...
Seperti biasa aku akan menaip tatkala idea datang dikala takda apa nak buat di tempat duduk 23F bertemankan amoi cun kat sebelah tapi spoil pasal dia ni banyak buat bunyi2 kahak nyonya... Aduhai... kensel nak ngorat.
Semalam aku berpeluang mendengar ceramah 'Zul Design' sempena pelancaran Hari Inovasi jabatanku. Korang kenal ker? Generasi Blue Ray mungkin tak berapa kenal kot tapi aku generasi VHS. Dia ni juga dikenali sebagai Mc Gyver Malaysia... Dia kata, generasi masa kini dah kurang berfikir dan dah kurang nak berinovasi. Mana taknya, nak buat sesuatu semua dah ada alat penyelesaian. Sekarang dah takyah pikir, beli jer. Oleh itu dia beri beberapa tips yang sangat baik untuk membuatkan otak kita berfikir. Aku nak kongsi tapi posting aku kali ni bukan pasal tips dia tapi pasal nasi lemak. Len kalilah aku cerita yer...
Nasi Lemak Laut China Selatan... Ermmm aku percaya tak semua orang biasa menikmatinya. Aku pon sekali sekala jer. Itu pon bila aku amik flite pagi. Apa yang bestnya..? Tak lah best sangat kalau nak bandingkan dengan nasi lemak Kg Baru atau nasi lemak Restoren Gembira kat sek.3 shah alam tu. Apa yang best sangat kalau camtu? Errrmm.. Sebenarnya aku anggap best sebab berikut:
- Pertama-tamanya dihidangkan oleh pompuan pakai kebaya.. (bini aku kalau hidangkan pon pakai t-shirt jer.. Kengkadang tu tak pakai apa2... Hehehe ooppss).
- Keduanya dihidangkan di paras ketinggian 29,000 kaki dari paras laut dan berada tepat di atas Laut China Selatan.(lepas ni nak cuba kat Laut lain plak)
- Ketiganya dihidangkan dalam kenderaan yang bergerak selaju 800km/jam dan tingkap langsung diaorang tak bagi buka kalau aku nak buang sampah.
- Keempatnya, menikmati dengan keadaan orang yang duduk depan aku ni yang langsung tak gheti nak duduk diam. (kot yer pon nak bergerak, slow2 la.. Ni mengalahkan budak 4 tahun 7 bulan. Macam nak tercabut kerusi ni..)
- Kelimanya nasi lemak ni telah dibayar oleh korang-korang yang dah bayar tax.. Hehehe tq.. Mintak halal yer...mahal tu tiket kerajaan ni...
Ok lah tu jer... Idea dah takda. Sampai KIA nanti aku upload yer.. Sekarang aku nak menikmati bentuk2 awan yang tak berapa indah kat sebelah aku ni... Jumpa lagi esok di awan lain...
Powered by IPhone on Boeing 737-400 MH 2564
3 comments:
HUH...LICIN...LAPOR GILER LE NI....
Hahaha... Sangat kesedapan yer...
kelaparan sebenarnya....
Post a Comment