Friday, October 7, 2011

Elevation Ceremony....

Sementara takda buat apa-apa sambil menunggu waktu boarding ni makanya aku nak cerita sikit pasal pengalaman pertama aku menghadiri "Elevation Ceremony" yang ku hadiri petang tadi...


Apa ke bendanya EC ni? Korang tak tahu? Aku pon tak tahu pasal aku pon cam korang gak... Bukan loyer.. Tapi tadi baru aku tahu..


EC ni sebenarnya adalah majlis meraikan seseorang dan di dalam kes petang tadi meraikan salah seorang Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dikompomkan jawatannya sebagai Hakim. Sesampai jer aku di Mahkamah Tinggi Kuching tadi cuaca sangat panas. Matahari sangat terik memancar. Namun bila sesampai jer aku ke pintu masuk, aku telah disambut bak tetamu ala-ala dato gitu.. Hehehe.. Aku ingat aku jer dilayan gitu tapi rupanya orang lain pon dilayan cenggitu juga daa... Aduhh awal-awal lagi dah perasan.


Sesudah mendaftar, aku telah diiringi oleh seseorang masuk ke Federal Court... Wah.. Terperasan lagi aku. Masuk jer kat dalam, aku tengok suasana gelap... Uuhh.. Ramainyer loyer... Tapi mengata orang, aku pon sama gak menggelapkan keadaan. Aku pon cuba la mencari kot2 ada yang aku kenal... Alamak takda lah.. Terlupa plak yang aku ni valuer.. Memang la tak jumpa kengkawan. Aisehman.. Aku tengok ada sorang polis berpangkat supt. Aku pon cam biasalah menegur dan berborak ngan dia cam la aku kenal sangat.


Tak lama lepas tu, aku tengok ruang mahkamah dah penuh. Aku pon menunggu dengan hornynya nak tengok apa ke bendanya ceremony ni. Tak lama lepas tu, buzzer dibunyikan dan semua orang bangun. Seketika lepas itu masuklah YA Dato Rohzariah dengan memakai kostum hakimnya. Jubah berline kunin kat dada... Aku ni taklah kenal sangat hakim ni.. Baru 2 kali jadi assessor dia. Tapi dia ni very humble.. Bak kata orang boyan.. "Very motherly".


Acara dimulakan dengan pendaftar bangun (agaknya la) dan bercakap.."hear yi.. Hear yi.." huh macam cerita robin hood la pulak... Lepas tu dia mula mengumukan benda-benda yang aku tak paham.. Maklumlah.. Aku ni bukannya pandey sangat cakap omputih ni..


Lepas tu bangunlah presiden majlis peguam Sarawak. Dia mengucapkan kata-kata indah mengalu-alukan YA Dato'. Segala pujian disambil menceritakan latar belakang YA Dato'. Sesekali beliau membuat kata-kata humor yang menyebabkan sidang hadirin pon tergelak sama. Aku hanya tunduk membisu. Dalam hati ku berkata... "apa ke benda yang lawak sangat nih?" Sesekali ku lihat ke arah YA yang sangat motherly tu. Mukanya yang ala2 cina gitu membuat aku teringat kat ibu... Errr ibu? Hurmmm...


Selepas tu bangkit lah pula orang lain memberi kata-kata pujangga memuji. Lepas sorang, sorang lagi. Tatkala masuk orang yang ketiga, mataku sudah menunjukkan tanda2 khusuk dan tawaduk. Fuhh.. Seb baik tak tertido.. Kalau tak, jadi beghahem ali ler aku ni.


Selepas habis berucap, giliran YA pula buat ucap balas.. Habislah sekalian rakyat jelata diucapnya terima kasih terutama Madam Lau yg selalu menipon aku coz rupanya hari ni dia punya last day.. Bla-bla-bla... Tah apa2 dia cakap aku pon tak tahu. Apa yang aku paham adalah diakhir ucapan, dia menjemput tetamu untuk menikmati jamuan.


Bila aku keluar dari dewan, semua orang dok berkumpul-kumpul bertegur sapa.. Dalam hati aku berkata.."kat mana nak makan nih..?" aku ingat nak balik terus jer tapi cam tak bleh kuar jer... Aku pon dok berdiri jer lah kat tiang tu bak umpama jaga mahkamah... Tiba-tiba jer ada satu awek ni tegur kat aku.. Fuh, ingatkan nak ngorat aku, rupanya dari tadi dia cari aku rupanya... Hehehe... Ternaik semangat ku semula. Dia cari aku nak suh duduk kat meja makan yang dah disediakan...


Aku pon bergaraklah menuju dan ku lihat di kerusi dah ada nama ku. Polis tadi pon ada gak doj sebelah aku.. Tapi... Kenapa aku sorang jer dia buh "Encik"... Orang lain dia buh YA. Ini tidak adil! .... Seketika lepas tu, barulah aku pasan... Aku duduk semeja ngan hakim2 ghopernya... Adoyai... Pendekkan cerita selepas makan dan berbual ngan diaorang, aku pon balik bergegas sebab malam ni aku nak balik kampung.. Flite kul 8.


Kat bawah ni beberapa gambar yang tak seberapa yg dapat ku tangkap. Nak amik lebih, segan plak... Tak sesuai ngan dressingku ini yg ala2 pembaca berita ni...


(aku mula menulis ni masa tunggu nak boarding, dan dikala aku menaip ni, aku berada beribu kaki di atas Laut China Selatan. Sampai epot nanti aku upload... Byeee...)

Powered By IPhone on Boeing 747-400

No comments:

Blog Widget by LinkWithin