Friday, October 28, 2011

Paradigma usia.....

Semalam... genaplah usia tahun masehiku yang ke 14 tahun. Alhamdulillah, aku masih bernyawa dan diberikan kudrat untuk terus menempuhi alam remaja ku.Apa yang ingin ku coretkan di sini adalah catatan pengalamanku yang ke 2 menyambut ulangtahun kelahiranku di perantauan. Tettttttt...!!!Apa ke jadahnya aku berbahasa sanskrit nih..! Tak sesuai dengan usia remaja ku ini. Ok.. back tu normal market language...

Aku sebenarnya nak cerita sikit pengalamanku menyambut besday aku ni secara berseorangan. So semalam 27 Oktober adalah hari yang kucuba lupakan tetapi mesti teringat sebab ramai yang jadi tukang mengingatkan.Pada ketika aku menyambut besday aku ni,aku berada di Kuching dan tak ada dalam jadual aku balik ke Malaya. tahun lepas aku sempat potong kek ngan anak2 ku.. ooppsss 14 tahun mana boleh ada anak2..Malam sebelum menyambut hari ulangtahun, aku telah menghadiri majlis makan malam atas jemputan rasmi dari Royal Institute Of Surveyor Malaysia cawangan Sarawak.Oleh kerana dijemput maka aku ditempatkan di meja VIP 1. Ahhh dah lari tajuk lah. Ak nak cerita pasal besday aku. Cerita pasal jamuan tu minggu depan aku cerita masa kat atas awan.

Arakian kisah maka terjadilah gegak gempita di pagi ku menyambut ulangtahunku. Namun gegak gempita hanyalah di pesbuk jer. Mana taknya, semua pren aku kat pesbuk tak tahu besday aku. Tetiba jer amoi aku hantar wish dalam bentuk video kat wall aku.Ada gak yang bertanya kenapa takda notification pasal besday aku. Nak tahu? ni la yang aku nak cerita ni.Teruskan membaca... Sebenarnya sebelum nak sampai waktu, aku dah hiddenkan tarikh tu. Sebabnya aku taknaklah Tiz Zaqiah wish besday kat aku dulu. Aku nak amoi aku ngan anak-anakku dulu wish. So malam tu sebenarnya dah ada hint tapi manalah orang nak perasan. hehehe... Ada sorang kawan aku ni yang duduk kat utara pakai keta C3 pada malam sebelum kejadian bertanya kat aku... "Makan malam sempena apa..?" Tapi memandangkan amoi aku belum up apa2 kat wall aku makanya aku tak bagi tahu dia.

Malam tu amoi aku wish kat WHATSAPP jer...TQ Lahling...Keesokan harinya maka barulah dia mengupkan sesuatu kat wall aku. Tapi masa pagi tu aku dah releasekan "hidden" tu. So patutnyer dia dah mula keluar. So, orang pertama ucapkan wish kat aku secara rasmi selepas amoi aku adalah Makcik Ilem diikuti oleh Opah Gee dan diikuti pula ucapan oleh Makcu Arfana dan turut menjejak langkah ialah Jantan Ganteng Sudin Ujang. Thankyou very much... Tapi masing-masing wish dalam keadaan ragu-ragu macam menjawab soalan Who Wants To Be A Millionaire. Kakakaka.....

Seterusnya diikuti pula oleh Makcik Fieda Isa dan dituruti pula oleh ucapan Ayahanda Annuarol. Kak long Hasnah menyusul dan dituruti pula di sebelah malamnya oleh Tok Zul Misai. Di saat-saat masa kecemasan Prof Madet dan Cik Etty The Prosecuter mengucapkan kata-kata manisnya.Mama Nita dan Mami Linda adalah yang terakhir mengucapkan secara rasmi di wall ku. Namun mereka bukanlah orang yang terakhir tetapi makcik yang dok utara yang pakai keta C3 tu yang sebenarnya orang terakhir. Itu pon ucap kat posting orang deh... Maklumlah sebok ngan maggi karinya masa tu. Anyway to all of u i would like to give my highest appreciation.

Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You  
- MUCH OBLIGED - 
Kecewa beb... Tiz lupa nak wish kat aku hepi besday... 

Powered by Vaio on Tikar Getah


No comments:

Blog Widget by LinkWithin