Angin dan Besi.. Mana Lebih Kuat..?
Tamatlah sudah cuti sempena Aidil Adha ku bersama keluarga terchenta. Pada saat aku mula nak menulis ni aku masih lagi berada di atas udara bumi semenanjung. Belum lagi memasuki Laut China Selatan. Cuaca agak kurang baik pagi ni sebab aku tengok awek skirt merah tu asik berjalan sambil bergoyang inul jer. Aku pon nak menaip kat tipon kecik aku ni pon susah.
Oklah, jumaat lepas aku dah citer pasal tips naik MAS so kali ni aku nak citer pasal sapa yang lebih kuat. Sambil tu kalau aku tak pening akibat bergoyang inul ni, aku akan citer sikit tips pasal Air Asia....
Sebenarnya aku ni dah lama dok perati injin dan kepak kapal ni tiap kali aku fly... Tengok sambil berimaginasi syiok gak. Bila tengok macam robot Transformer plak. Puas aku pikir camana kapal ni boleh terbang.. Maklumlah, masa sekolah dulu malas nak belajar. Fizik pon dulu dapat 7 jer... Cukup2 makan jer. Minggu lepas aku berpeluang lepak ngan salah sorang kawan aku kat waterfront Kuching. Dia ni Pilot Maswing tapi sebelum tu dia adalah seorang sojar kat TUDM. Capt. Saidi Ali namanya. Memacam kitaorang bercerita. Kebetulan plak ada lagi sorang kawan dari semenanjung yang datang ke Kuching sebab ada kerja... Incik Ijad namanya.
Salah satu topik yang kitaorang bualkan adalah pasal kuasa angin a.k.a aerofoil ni. Ooowwwwwhhh... Baru lah aku tahu konsep aerofoil ni... Tapi aku nak cerita balik aku tak tahu. Takut salah plak. Apa yang aku paham, rekabentuk aerofoil ni lah yang membolehkan kapal ni terbang melayang. Rekabentuknya menyebabkan daya tolakan yang kuat dari sebelah bawah. Semasa nak mendarat, kapal kena perlahan dan semestinyalah menurun. Namun kalau kapal ni slow sangat, terhempas plak... arwah aku nanti... So, masa nak menurun dan memperlahankan kapal ni, menurut cerita kawan aku tu, kapal ni akan "freekan gear" (hehehe... Aku lupa la term dia). So pada ketika tu kita akan rasa injin sangat senyap seolah-olah macam naik glider jer. Pada masa nilah aerofoil ni berperanan besar. Oleh kerana kapal ni dibuat dari besi maka sudah semestinyalah berat so kapal akan menurun dengan kadar tertentu... Bila dah sampai masa nak landing, cuba tengok kat kepak, akan ada flip keluar dari kepak tu. pada ketika tu kapal bergerak perlahan dan bagi mempastikan kapal ni terapung maka perlu dipanjangkan flip ni bagi membolehkan daya apungan yang lebih kuat.. Biasanya ia akan diturunkan berperingkat. Tak boleh keluarkan semua sebab kalau kapal tengah laju sangat, benda tu boleh tercabut wo.. Flip yang kat atas tu pulak akan naik tiap kali nak slow... Alaaa kira cam brake la tu... (huh..! Ni lah jadinya bila orang yang tak berapa pandai nak bercerita... Aku pon dah tak paham apa aku citer dah ni) aghh..!!! Korang tengok jerlah kat gambar aerofoil kat bawah ni dan gambar kepak tu. Nanti paham la..
Ok lah, kapal ni pon dah nak menuruni dari paras ketinggian 37,000 kaki. Jap lagi nak sampai dah ni. Tips? Lain kali lah yer.. Flite kali ni tak menyeronokkan sebab asik bergoyang inul jer. Kapla aku pon dah naik pening ni. Rasa nak muntah pon ada dah ni.
Ermmm terpikir gak camana rasanya berak kat atas udara ni yek..? Tak pernah cuba plak.. Korang pernah? Cer citer.. Cer citer.. Heheheh
Babai.. Bubai.. Boboboi...!!!!
Powered By Iphone On Airbus A320-200 AK5204
Kat bawah ni awek skirt merah yang dirakamkan gambarnya oleh anak bujangku semasa trip mereka ke Kuching Februari lalu.
Mereka semua berCHOGM...
No comments:
Post a Comment