Friday, November 11, 2011

Baju Sendat Skirt Ketat...

Amboii....!! Kalau sendat ker, ketat ker, mesti excited nak tahu... Berjumpa lagi pada petang ni di AK 5221.... Seperti biasa akan ku up sedikit cerita untuk mengisi masa lapang ni. Kali ni aku bersama awek skirt merah lagi.. Nampaknya mereka masih belum mengenakan baju baru yang dah diikilankan.... Masih outfit yang sama...

Memandangkan sekarang ni dah nak hujung tahun, duit opis pon dah nak abis maka terpaksalah buat penjimatan sikit. Terpaksalah naik kapal awek skirt merah ni. Tak dapatlah aku nak bergurau senda dengan Awek berkebaya ketat... Tapi sebenarnya best lagi naik kapal AK ni sebab org gomen boleh naik dulu, seat pon warna merah tak campur ngan orang lain, makan pon tak sama cam orang lain...(walaupun tak sedap sangat..!!). Cumanya tak dapatlah aku nak kumpul point Enrich.. Kumpul point BIG jer. Flite kali ni aku amik petang sebab aku nak cepat sampai ke rumah. Selalunya aku amik lewat petang, so sampai rumah dah malam...

Petang ni idea tak banyak tapi aku rasa nak tulis gak. Mungkin sebab kepala aku yang pening ni kot.. Tak sempat makan tgh hari tadi.. Idea bila takda, ceritapon merapu tah apa2... Sekarang ni, belon baru sahaja membelah kepulan awan dan cuaca nampaknya baik sebab aku tengok awek skirt merah tu elok jer berjalan tak gedik-gedik inul cam Isnin lepas.

Petang ni aku nak kongsi sikit lagi tips sambil aku menjamu selera dari seat no. 12A, B dan C ni... (cun giler awek yg serve aku makanan ni... Muka ala2 heroin pilem Ali Setan gitu...)

  • Kalau korang amik Hotseat, pilihlah seat no 1, 12 atau 14. Kenapa? Sebab seat ni ada ruang kaki yang lebih luas. Dulu aku suka seat no.1 sebab boleh tengok aksi awek skirt merah ni di balik tabir. Tapi sekarang aku dah tak minat nak tengok diaorang.. Kira dah insaf la... Seat faveret aku sekarang ni 12A, 12F, 14A atau 14F. Seat ni dekat pintu kecemasan dan sangat sesuai untuk kaki aku yang panjang ni...

  • Masa nak boarding, pastikan korang naik cepat. Maknanya kalau beratur cuba elakkan jadi terlalu macho sangat. Orang dok sebok beratur dia lepak jer kat kerusi. Kalau korang takda bawak beg takpalah. Tapi kalau ada bawak beg, tu yang aku suh naik cepat. Nak tahu kenapa? Korang tentu akan kata, apa nak rebut2, seat dah ada nombor... Betulla tu, tapi tempat simpan barang bukan ada nombor. Korang tahula, memasing yang naik flite ni kekadang bukannya kira sangat berapa beg dia nak bawak. Nasib tangan ada 2, kalau lapan... Lu pikir lah.. Aku biasa tengok orang duduk kat tempat lain tapi terpaksa letak barang kat tempat lain.. Jauh plak tu.

  • Bila nak boarding tolong tengok betul2 tiket tu, berapa nombor seat korang. Jangan nanti dah naik kat atas baru tercari2 tiket. Nyusahkan orang lain kat belakang. Check betul2, nombor seat tu! Kalau dapat seat huruf B, C, D atau E, bila dah duduk tu, janganlah beriya-iya sangat nak pakai tali pinggang kecuali seat huruf A atau F dah diduduki. Kalau tidak nanti dah beriya2 pasang kena bukak balik. Kalau tidak camana orang yang seat A dan F nak masuk... Kalau kat seat emergency takpalah, luas.

  • Masih pasal seat belt lagi, kalau korang dah naik, cer tengok kat atas, tanda pasang tali tu nyala atau tidak. Kalau tak nyala, takyah la korang sebok gak nak pasang. Itu maknanya diaorang tengah isi minyak. Yerlah, mana tahu kot-kot emergency senanglah nak cabut. Kalau dah beriya pakai tetiba jem plak... Haa mati hangus la korang. Lagipon, takmo la sampai nanti awek tu cakap kat korang suh buka tali tu, malu woo. Kalau suh buka lain takpa ler, ngeee...

  • Orang negro kata last but not least adalah pasal pengumuman.. Ini terpakai pada semua flite... Kalau yang umum tu pilot, maka yang akan buat take off atau landing tu first officer dia. Begitu lah juga sebaliknya. Nak tahu camana suara pilot..? Alaa sore cam aku la... Machio gitu.. (tapi ada gak kawan aku pilot tapi sore dia... Aduhh sangat nyaring dan menyakitkan hati jer.. Hahahhaha sorry capt sedi, jgn marah yer kalau ko baca posting aku ni).

Ok lah, makan sudah, pening pon dah hilang, pilot pon dah umumkan kapal ni nak turun. Jap lagi sampai LCCT aku up post ni... Adios amigo...!!! See u again next week on different flite..


Powered By IPhone on Airbus A320-200 AK 5221

No comments:

Blog Widget by LinkWithin