Nasi Ayam Laut China Selatan....
Sekarang ni cuti sekolah, makanya akan berdoyon-doyonlah orang nak buat kenduri kawen. Nasib baik amoiku gengster, kalau tak aku pon teghingin gak.. Muahaha. Sapa takmo kawin ce cakap kat aku. Best woo... Asal nampak jer nak.. Asal nak jer nampak.
Sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, kita bertemu kembali dan kali ni sempena persidangan UMNO, penerbanganku ke Kuala Lumpur bersama belon merah dan awek merah. Pada ketika ini aku berada di dalam belon AK5211 seat 1F. Sebenarnya aku dah minta kerani ku tempah seat 12 atau 14 tapi tah camana bagi aku seat 1 ni pulak. Bukanlah aku ni tak bersyukur tapi seat ni sangat bahaya kerana boleh meningkatkan tahap kehornianku.. Maklumlah, kat seat ni kita boleh tengok awek skirt merah dok kat jump seat tu. Duduk sopan takpa gak, ini tak, terkangkang sana, terkangkang sini... tak boleh woo.. Halam.. Halam..
Minggu lepas 23 November 2011 sebenarnya adalah hari ulangtahun Pewaris Takhta Tengku Mahkota ku. Besday yang ke 11 tahun. Oleh kerana hadiah aku dah beli lebih awal makanya taklah ralat sangat. Isnin lepas cuti, so ada 3 harilah aku dok melopong sengsorang kat Kuching ni. Bos aku tanya, "apsal hang tak balik..? Amiklah cuti 2 hari pastu sambung terus gi mesorat" aku cakap kat dia, "takpalah bos, opis takda orang nak jaga. Karang sapa pulak nak luluskan kes, buat perakuan dan memacam lagi tu.." huhu dalam hati awat hang tak habaq awai... Chait!
Tak kisah lah, apa-apa pon sekarang ni aku dah dalam perjalanan balik dah ni. Esok dan lusa ada majlis perasmian dan taklimat kat INSPEN dan ahad ni kami sekeluarga akan berCHOGM ke Ipoh sampai hari Khamis ni... Alhamdulillah, kalau aku bawak ke London sekalipon bukan diaorang suka sangat pon. Bebudak ni sebenarnya nak dok kat otel jer. Anak pompuan aku siap pesan, "ayah..! Cuti sekolah ni nak pergi hotel 5 bintang boleh tak?" huhu dengan rasa confident tahap boboiboy aku terus menjawab "OK...!! Terbaieekk.." hahahaha seb baik dia tak mintak naik kapalterbang gi obersea.. Bankrup la aku kalau dia mintak camtu.
Selepas tu, kitaorang akan ke Cameron Highland plak. Itu permintaan ibunya. Kononnya sebagai hadiah harijadinya pada 9 December ni.. Huhuhu... Seb baiklah mintak yang munasabah, kalau di mintaknya cincin mas ker, gelang mas ker, mana aku nak korek duit. Kalau mintak payung mas tu takpelah... Ngeeee... Pasti akan ku tunaikan dengan hati yang penuh keimanan...
Patah balik citer pasal cuti 3 hari yang lepas, aku nak buat sikit penghargaan dan ucapan terima kasih lah kat salah sorang anak buah aku yang bagi pinjam tv kat aku. TV kecik jer tapi cukup terang. Makanya sepanjang percutian aku tidaklah ada kerja lain yang aku buat... Lepas satu cerita, ku tengok plak cerita lain. Bayangkanlah hari Sabtu tu aku gi makan tengah hari kul 5 petang dan tak breakfast pon pagi tu. Semuanya hindustan punya pasal. ..."I Hate Love Story". Untuk pengetahuan korang, sepanjang setawun stengah aku kat Kuching ni aku tak pernah ada tv. Tengok pon bila gi kedai makan jer. Kesiannn kat aku.. Berbalik semula pasa citer dalam tv ni, maka dapatlah aku kenali beberapa pelakon indon dan pinoy yang comel dan gebu montok. Tak tinggal juga citer melayu yang menjadi kesukaan ramai petang-petang.. 'Dhia..' korang tengok tak? Korang tengok tak??? Hehe... Apa-apa pon "THANK YOU NIN SARI"
Petang-petang ni sebenarnya aku takdalah apa nak cerita sangat. Orang minang kata 'idea tandus'... Boyan kata, 'no idea'. Namun bagi memenuhi masa yang sangat lapang sama ngan ruang kaki seat aku ni makanya ku karangkan juga. Aku baru jer selesai menghabiskan makanan yang telah dihidangkan. Orang sebelah jelezz beb. Mana taknya, bila aku buka jer hidangan nasi ayam tadi, aku sendiri pon dah jadi lapar tahap somalia.. Nasi ayam + jus oren, biskut + kitkat + kopi.... Terbaeekkk..!! Ok lah, malas merapu bebanyak... Perut aku dah kenyang sesangat ni. Aku nak buat apa yang korang tak boleh buat masa ni..... 'tido duduk di atas lautan China Selatan di celah-celah awan' nanti sampai LCCT aku up terus.. byeeeeee.....!!!!
1 comment:
Wah2...berhangan le nak payung2 mas segala...permataku yg hilang pn x berganti lg huhuhu....
Post a Comment