My First 'Superimpose' output..
Gambar kat atas tu biasa jer... takda nama dan takda identiti yang diubah. Tidak melibatkan ahli politik mahupun artis negara. Hanyalah sekadar gambar 2 biji belon yang aku tangkap masa kat Putrajaya hari tu... Oleh kerana hari ni aku mempunyai masa terluang yang sangat panjang, makanya aku telah cuba mempelajari macamana nak buat superimpose tahap tadika menggunakan Adobe Photoshop... Salah satu dari belon kat atas tu adalah palsu dan aku telah berjaya menyatukan mereka.... asam di darat ikan di laut, di dalam photoshop bertemu juga. phuhh... berbaloi aku mengadap dan menggodam photoshop kat PC aku petang ni..
ermm... agak2nya kalau boss aku terbuka blog aku nih, apa dia nak kata? Oleh kerana dia agak sporting, mungkin dia akan kata.. "Khalid!! Hang nampak relax nooa... ada banyak masa nampak...." hehehe.. relax la boss. 













