Saturday, September 12, 2009

Kenapa ni?.......

Pening gak nak pikir tajuk apa yang aku nak letak. Tajuk sangat penting sebab kalau salah letak tajuk, sure korang tak bernafsu nak membacanya. Itulah hakikat sebagai seorang manusia.... Tapi apa yang aku akan tulis dan telah tulis ni sebenarnya adalah lebih kepada catatan perasaan aku sorang-sorang ajer sebenarnya. Tak ramai pon yang baca blog aku nih cuma kekadang tu terperasaan sikit macam lah aku ni terrorist sangat menulis......



10 hari yang lalu, aku cuba menahan diri dari berinternet, berblogger, bermukabuku, beryahoo messenger dan lain-lain yang seangkatan. Post mortem ke atas 10 hari tersebut dapatlah aku rumuskan bahawasanya, hidup pada zaman sekarang nih adalah sangat bergantung kepada benda-benda tu semua. Otak boleh jadi beku... kawan boleh hilang kemesraan... luahan hati dan perasaan tak dapat dikongsi dan yang penting sekali, otak tak dapat berfungsi 100% hehe..

Balik Kampung1

Dalam tempoh 10 hari juga banyak yang telah berlaku dan tak dapat aku kongsikan pada masa tu. Antara yang terawal dan menyayat hati adalah kes anak kawan aku yang juga pernah menjadi technician aku yang paling rajin yang pernah aku jumpa. Anak dia meninggalkan dunia dan ibubapanya selepas seminggu lebih koma. Baru jer lebih kurang 5-6 bulan umurnya. Kenapa koma?... kena tanya babysitter dia. Rumah flet kat Putrajaya, bela sampai 10 orang budak. Sorang2 jer plak jaga tu. Selang beberapa hari plak, sorang lagi anak kawan aku yang juga pernah menjadi AVO aku kat pejabat Shah Alam ditimpa musibbah. Anaknya dilanggar lori treler dan koma. Aku cuba hubungi dia tapi tak dapat, yang pastinya Sabtu lepas anaknya juga telah meninggalkan dunia dan ibu bapanya. Sungguh sedih sebenarnya bila memikirkan keadaan yang terjadi tetapi Allah itu maha mengetahui dan Dia hanya menguji hambanya setakat mana kekuatan dan ketabahan hambanya.. Wallahhua'lam...

Dalam tempoh 10 hari tu juga, banyak perkara yang telah dapat aku laksanakan.. Namun seperti biasa, masih banyak lagi kerja yang tetap tertunggak. Kalau ikut hati nak jer aku cerita setiap apa yang berlaku, tapi karang kalau aku tulis panjang2 korang taknak baca pulak. So, biarlah aku pecah2kan cerita tu dan selitkan kat artikel lain sikit2. ok kot kalau camtu...

Balik Kampung 2

Menulis didalam blog ni sebenarnya umpama kita bercerita dengan kekawan... Bayangkan kita duduk dalam satu kumpulan kawan kita kat kedai mamak. Bila kita bercerita, orang lain buat bodow jer... Kita pon maleh nak bercerita. Silap haribulan belah terus. Malam tadi aku lepak ngan 'Abg Boy' (ahhaakkss.!), Bro Fadley dan sorang lagi kawan dia.... ererrr alamak terlupa plak nama dia. Bro Bryan tak datang (migrain agaknya, hehehe) .Lepak punya lepak.. cerita punya cerita sampai tak sedar jam dah pukul 3.30 pagi masa tu... Nak tahu sebab apa? Sebab bila kita bercerita, ada orang nak dengar dan yang paling penting depa paham dan tak blur ngan apa yang kita cakap.....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin