Malam sebelum raya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebelum aku bercerita, aku nak ucapkan Salam Aidifitri buat semua pembaca dan ahli keluarga korang. Ampun dan maaf kalau ada tersalah perbuatan mahupun percakapan atau penulisan. Sebagai manusia biasa, aku tetap akan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan akan terus melakukannya walaupun dah minta maaf beribu kali.....
Tahun ni turn beraya kat kampung aku pulak dulu. Raya ke 2 baru balik ke kampung mertuaku kat Bagan Datoh. Kat mana kampung aku?.... Apa lagi kalau bukan Seksyen 4 Shah Alam. Seperti biasa, beraya kat kampung aku ni agak kurang meriah sebab kat sini tak ramai orang. Apa yang membuatkan rumah bapak aku bising adalah kedua-dua anak aku nih. Pada masa ni, bini aku tengah mengisi ketupat ngan mak mertua dia. Bapak aku pulak tadi baru balik masjid dan terus sambung aktiviti beramalnya kat dalam bilik. aku? takda apa yang aku nak buat melainkan berblogger jer. nak bercakap takda sesiapapon.....
Teringat aku masa kecik2 dulu. Pada malam ni lah aku ada lesen besar untuk balik lewat sebab gi mengikut geng2 surau bertakbir dari rumah ke rumah jiran tetangga. Aku ngan member2 masa tu taklah nak bertakbir sangat tapi lebih kepada nak kutip duit jer..huhuhu. Memang seronok masa dulu. Terpikir pulak aku sekarang nih... masa dulu2 tu, kekawan aku tak balik kampung ker? Sebab semuanya ada berlonggok kat Seksyen 4 nih. Apa-apa pon tu semua kenangan lama.
Pagi raya, biasanya aku gi sembahyang kat surau... Bapak aku dan yang lain pulak gi sembahyang kat Masjid Negeri.... hehe, langsung tak sepakat. Aku gi surau bukannya apa, tapi sebab semua member ada kat situ. Lepas sembahyang, aku biasanya pergi ke satu tempat ngan 'Sham kapcai'. Nak tahu gi mana? gi kuburrr... nak tahu sebab apa? Sebab kat situ pada pagi raya ada ramai awek cunnnn..muahahaha. Biasalahkan, anak muda memang lah macam tu. Lepas tu, kita orang akan gi tasik lepak-lepak hisap rokok. Lepas tu kita orang akan balik ke rumah dan sambung 'zzzzzzz'.. Hehe, bila plak nak gi mah jiran ngan sedara untuk beraya? errmmmm aku pon tak ingat sebab aku sejak dari kecik memang tak suka gi beraya mah orang...

Apa-apa pon, aku nak ucapkan sekali lagi SELAMAT AIDILFITRI.
No comments:
Post a Comment