Orang dah taknak bagi, nak buat camana.....
Baru-baru ni diumumkan mengenai pemberian bonus tetapi yang lainnya, ia hanya untuk kakitangan sokongan sahaja. Apa beza sokongan dengan pegawai? Gaji lebih besar ker? Kumpulan sokongan melarat sangat ker? Golongan pegawai dah kaya raya ker? Untuk makluman korang yang tak berapa nak paham... sokongan kalau kat Jabatan aku, gred 1 sampailah ke gred 36. Pegawai pula dari gred 41 sampailah ke JUSA A.
Aku hairan, kalau betul nak bagi, bagilah pada semua. Kenapa nak bezakan pula. Betullllll, aku setuju yang pegawai ni gaji besar. Tapi korang tahu tak besar mana? Kalau setakat 41 atau 44, takyah nak berlagak sangatlah. Layak pakai proton jer cam aku nih. Lepas tu kalau nak naik pangkat pon banyak syarat tambahan yang JPA sendiri pon tak pernah setuju. Lainlah kalau geng2 PTD. Baru beberapa tahun kerja dah naik ke level pegawai kanan... gred 48 la. Macam kat opis aku ni, baru 5 tahun servis dah naik 48...kompom pulak tu dan bukan memangku atau menanggung. Takpalah, itu rezeki PTD. (kepada kekawan dan pembaca PTD, hangpa jangan marah, aku bukan nak kondem hangpa tapi setakat mengikut hati jer nak menaip berdasarkan hakikat). Kat Jabatan aku, kalau masih belum jadi penilai berdaftar, jangan haraplah nak naik 48. Kemudahan dan kelayakan lain pon banyak kena sekat. Seingat aku, errrr.. paling senior gred 44 adalah intake 95 kot. Erm takpalah, dah rezeki camtu.
Aku sebenarnya nak cerita benda lain tapi apsal aku mengarut benda lain nih?.... Ok balik semula kepada pemberian bonus yang tak seberapa tu. Dikatakan kumpulan sokongan ni kononnya golongan susah. Hehehe betul la agaknya tapi korang tahu tak kalau yang gred 32 dan 36 tu, gaji dia lagi besar dari pegawai yang dah servis 10 tahun pon. Kalau betul nak bagi ikut kemampuan, buatlah syarat pemberian bonus mengikut gaji pokok. Bagi kepada mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah misalnya. Barulah betul2 adil.... Sekali lagi aku katakan takpalah.... dah orang tak nak bagi, nak buat camana.
Di saat golongan pegawai tak dapat bonus, Jumaat lepas aku terima cek dari USIM yang boleh lah aku anggap sebagai bonus kerana amaunnya sama. Kenapa aku dapat cek nih?. Agghhh...!!! takyah ceritalah... Kepada kumpulan pegawai lain, kalau korang dah tak cukup duit nak raya ni, pergi jer ke BSN buat personal loan. Dont worry, 3.5% jer dan tak tertakhluk kepada berapa kali ganda gaji. Buat jer dan jangan pikir panjang. Kalau nak pikir dan pikir dan pikir dan pikir dan pikir.... apa benda pon tak menjadi.
No comments:
Post a Comment