Sunday, September 13, 2009

Rezeki di bulan pose....

Khamis lepas aku bawa family aku makan kat 'Thai Village', restoren siam kat seksyen 13. Lepas makan, aku gi ke kedai golf kat sebelahnya tu, Transview Golf. Aku gi sana sebab nak beli T-shirt yang kebetulan diaorang tengah buat sale gila2. T-shirt baik punya jual @ RM9.00 jer. Seluar, dalam RM55 jer (bukan seluar dalam tau! baca betul-betul). Aku beli beberapa helai t-shirt ngan seluar sehelai. Semua dalam RM183.00. Lepas tu balik ke rumah dan dalam perjalanan, aku terpikir, apa yang mahal sangat nih? Kata beli masa sale.... Sampai rumah, lepak jap dan lepas tu aku ambik resit dan kira semula. Waduh! diaorang dah salah kira beb. Total sebenar RM111.00 jer.

Apa lagi, aku pon start kereta balik dan terus gi semula ke kedai tu. Aku tak kira! aku nak mengamok gak. Selepas beberapa orang aku amok, diaorang pon caj lah aku dengan jumlah sebenar semula. Sebelum balik, sorang dari staff dia yang aku baru kenal dan salah seorang yang tak kena marah masa tu approach aku untuk isi borang cabutan bertuah. Adoii, dalam keadaan marah tu masih ada gak orang suruh isi borang cabutan bertuah. Aku bukannya taknak tapi sepanjang hidup aku cabutan bertuah ni bukan line aku beb. Memang tak pernah menang pon. Aku bagi jerlah namecard aku.

Malam besoknya, selepas balik dari berbuka pose kat Bluwave ngan vendor, aku terima satu panggilan. "Hello.. En Khalid ker? ehh congratulation. You have win yourself a conductor..." camtulah lebih kurang. Apa ke bendanya conductor nih... Selepas diskas ngan dia, dalam kul 11 aku tipon Rizal D' COB dan ajak dia pergi collect hadiah. Sampai sana selepas bershoping sekali lagi, aku pon pi tuntut hadiah.
Alamak! hadiah ke 3 tu... aku menang Driver Maruman Conductor. Diaorang siap umum dan bergambar lagi... Hehehe TQ 'Ayu'. Diaorang tanya aku, "Kalau u rasa tak sesuai u boleh tukar ke 's'" apa ke benda plak 'S' nih? Dia orang tanya aku, aku biasa guna apa... aku jawab... errr... ermmmm... aaa.... hehehe. Aku mana tau, dah 4 tahun aku stop men gop nih. Rupanya yang aku dapat tu Regular (kira lembut sikit) Kalau aku nak tukar stiff pon boleh lah. Tapi takyah la. Stiff ni keras sangat. Apa-apa pon, Alhamdulillahhhhhhh...... Lepas ni boleh lah mula balik tapi kena gi driving range dulu la...


No comments:

Blog Widget by LinkWithin