Kisah suatu petang 1 Syawal di kampungku......
Dah nak masuk hari ke-3 ni aku mencuba nak update blog aku nih tapi penuh cabaran.... Orang kuning rupanya pulang ke kampung dia... tak ikut aku balik kampung aku.. Payah sungguh nak guna GPRS nih...
Ni aku nak cerita pasal raya lagi nih, tak abis lagi... petang tu selepas Zohor, makanya datanglah tetamu pertama ke rumah bapak aku. Makcik dan sepupu aku rupanya. Masa aku budak sekolah dulu sekitar 80-an, makcik aku ni duduk kat mah aku sesama hubby dia. So balik sekolah, biasanya aku akan jaga anak dia yang sulung. Jadi babysitter lah kiranya.. Tapi sekarang, budak a.k.a sepupu yang aku jaga tu dah nak kawin dah hujung bulan depan. Cepat betui masa berlalu....
Keluarga Maktih aku nih boleh gak aku katakan keluarga XXL... hehehe. Semuanya besar2 belaka. Hishhh..!! tak baik aku cakap camtu... Sorry Maktih.. Maktih ni keluarga sebelah bapak aku.
Yang pakai songkok putih tu bapak aku. Pagi tu masa bergambar dia takder.. Petang baru dapat tangkap gambar dia.
Agak-agak koranglah, yang mana satu budak yang dulunya aku jaga?... hehe takyah teka2 lah, ko cari jer yang pakai baju hitam tu.
No comments:
Post a Comment