Hari Keluarga & Perjumpaan Keluarga Abdul Razak...
Di hari raya ke-3 yang lepas, satu perjumpaan telah diadakan di rumah opah wife aku kat Teluk Intan. Perjumpaan pertama besar-besaran yang dihadiri oleh hampir seluruh keluarga dari keturunan Abdul Razak. Aku keturunan lain tapi sebab dah kawin dengan wife aku makanya terlibat sama lah..
Sangat meriah dan macam2 aktiviti telah dirancang. Beberapa ahli jawatankuasa telah dilantik sebelum tu. Aku pon AJK gak... tukang amik gambar setelah dilantik oleh Poksu Rahim. Aku ditugaskan untuk ambil gambar detail bersama dengan GG (sepupu wife aku). sebab poksu ambil wide..... yelaaa org ada 10mm-22mm lah katakan. Banyak gambar yang aku ambil sampai tak tahu aku nak masukkan gambar apa kat blog aku nih. Nak edit pon tak larat. Dah la... cerita banyak pon tak guna. Nanti panjang berjela-jela plak. Korang tengok jer la gambar tu...
Kat bawah ni adalah mereka yang bertugas menjaga pendaftaran ahli. Kesian meja tu, sebab dah macam pakai skirt jer....
Sebahagian dari ahli yang hadir..
Senarai nama perlu disemak, takut tersilap. Paklang lah org yang bertanggungjawab menyediakan salasilah tu...
Poksu Rahim dengan Canonnya...
Kalau korang nak tahu, budak kat bawah ni punya belon lah yang paling besar sampai semua orang dah naik takut pasal tiup tak pecah2.... Aku pon gigil beb.
Kat bawah ni, Opah dan semua anak-anak Atuk Abdul Razak. Mereka terdiri dari adik beradik yang datangnya dari 3 induk berbeza.
Apa-apa pon, aku ucap tahniah kepada organiser dan kepada Poksu Rahim, "Sabarlah menanti gambar2 ku". Semua gambar akan dikumpulkan dan akan dibuat tapisan oleh Poksu Rahim. Oh.. lupa nak bagi tahu, Poksu Rahim ni pon cam aku gak. Ambil gambar sekadar hobi ajer. Takder langsung perasaan nak berniaga...huhu.
No comments:
Post a Comment