Anak Teruna Kawan Bapak Anak Aku...
Wah... blog aku kini dah dipenuhi dengan semua gambar baby dan kanak-kanak.... Tapi lebih baik lah kan dari aku masukkan gambar yang tak senonoh... Ini lagi gambar anak teruna kawan bapak anak aku yang aku nak paparkan. Dari iras mukanya tidaklah aku pening sangat nak matchkannya sebab baby ni muka bapak dia, cumanya bapak dia kureng hensem sikit... muahahaha.
Aku ingat nak masukkan gambar bapak dia sekali tapi yang aku ada cuma gambar bapak dia tengah tido kat kerusi semasa taklimat kat Inspen.. kih.kih.kih... Aku tak masukkan gambar dia sebab mengenangkan jasanya yang terima aku sebagai neighbour kat farmville aku. Apa-apapon baby ni sejenis ngan pewaris takhta bongsu aku sebab masa lahir beratnya 4.2kg. Siap pecah rekod Hospital Melaka selama 8 bulan tu.... pergh...! Hebat!
No comments:
Post a Comment