Friday, March 12, 2010

Sebulan dah berlalu...

Pejam celik.. pejam celik, rupanya dah sebulan berlalu saat kelahiran Pewaris Takhta. Tapi kalau nak tahu, masih ada gak owang kat opis aku nih bertanya..."Wife dah bersalin ker?".. Hehehe, takpa aku maafkan. Semenjak ada baby ni cabaran atas kedua-dua mata ku ini agak tinggi. Maklumlah bila sampai opis jer, mata aku rasa nak tertutup jer. Kekadang tu masa tengah menaippun aku boleh tertido. Pasal tu lah blog pon tak berupdate... Nak buat cerita pon takda mood...

Kepada yang berkenaan dan yang nak tengok camana rupa si Pewaris Takhta bongsu selepas sebulan umurnya, kat bawah ni aku masukkan gambar2 dia. Kualiti agak kurang pasal pakai kamera henpon jer... Kalau korang rasa tak berapa nak elok dan jelas aku cuma akan kata..... "Ada aku kesah....?" Hahaha.. jangan mara yerr...

Wah


Abang 2


Stripe 3


Stripe 2


Abang

Alhamdulillah, kepala benjolnya akibat vacum masa kelahiran dah ok, demam kuningnya pon dah hampir pulih sepenuhnya... Setakat ni, baby sihat sejahtera. Kepada 'parent' aku yang kata anak aku tu hitam hari tu, sila tengok sendiri nanti. Maklumlah kali terakhir tengok adalah pada hari ketiga dan lepas tu dah tak amik tahu lagi...... Kalau hitam sekalipon takpalah, dah bapaknya hitam nak buat camana...?


No comments:

Blog Widget by LinkWithin