Wednesday, March 31, 2010

Siapa Dapat Lesen Besar ni? - Reunion of SMSSAASSA 87'

Malam minggu lepas bapak anak aku telah berjumpa dengan kekawan lama masa Sekolah Menengah Shah Alam yang selepas itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (SMSSAASA). Perancangan telah dibuat oleh Bro Zulhazmi dan Bro Mahadir dan dibantu oleh koncu-koncunya. Aku cuma datang membawa diri. Acara diadakan di 'Antan Batura'... Alaa restoran baru depan Sirim kat Tasik Shah Alam tu la. Tokeynya member kita orang juga, wife dia satu batch masa kat sekolah.

Antan Batura

Majlis taklah grand sangat cuma turut dihadiri oleh rakan-rakan lama yang telah transform ke bentuk lain.... hehehe Terima kasihlah kepada tokey kedai sebab bagi peluang kita orang buat di kedainya dan disponsor ngan chicken wing, sandwich serta minuman. TQ.. TQ.. TQ..

Ngeteh 20

Aku ni taklah rapat sangat ngan artis ni tapi masa sekolah dulu aku selalu ngutuk dia ngan lagu kain pelekat...

Malam tu wife aku tak dapat ikut sebab asalnya majlis dibuat hanya untuk jantan-jantan Malaysa jer sebab asal tempat adalah di kedai mamak sek 10. Walau bagaimanapun, aku tidak menghampakan ibu anak pompuan aku sebab bagi peluang dia bercakap terus ngan artis... hehehe suka gila dia. Masing-masing pada malam tu dah tak hingat umur yang dah petang.. Takpa sekali sekala apa salahnya..

Ngeteh 11

Malam tu, semua orang sebok nak bergambar, maklumlah ada artis. Dari yang kecik sampai lah yang dah besar perotnya. Macam-macam gaya. Tapi sebagai camera man, biasalah gambar kurang. Itupon nasib baik ada yang sudi tolong amikkan.

Ngeteh 13

Majlis habis pukul 2 tapi diaorang ajak sambung lagi kat kedai mamak. Nuar ajak gi kedai mamak kat Sek 9 sebab dia selalu lepak situ... Apa-apa jerlah janji ada tempat lepak. Sebelum balik aku minta Nuar rakamkan sedikit ucapan kat henpon aku ni khusus buat wife aku. Aku hingat aku sorang jer. Rupanya member aku pon nak gak. Lesen besar katanya. Kul 4 pagi baru kita orang balik ngan happy.

Ngeteh 3

Ngeteh 7

Men's Thing

Malam tu selain bergambar ngan Nuar, kereta dia pon jadi mangsa gak. Gambar-gambar tu ada kat akaun flickr aku. Apa-apa pon semua berjalan lancar dan tq pada kengkawan semua. Jumpa lagi 17hb ni untuk Barbeque pula..... Adiosss..

No comments:

Blog Widget by LinkWithin