Wednesday, March 24, 2010

Malam Kencana Pesta Muda Mudi - 2nd PIHABF

Sabtu lepas bertolak balik dari kampung pada jam 3.00pm dan sesampai jer di Shah Alam terus bergegas pula ngan putera puteri ku untuk ke Putrajaya sebab nak bawa mereka tengok belon dan pertunjukan bunga api. Hari sebelum tu tak dapat bawa mereka sebab semuanya ada di kampung.

Atas semangat juang yang tinggi kami bertolak ke Putrajaya. Sesampai jer di Batu 3, Syaza pula termuntah dalam kereta. Pening pasal perut kosong. Anak-anak aku ni memang susah nak makan, itu pasal lah sudah masuk angin. Perjalanan diteruskan dan selepas menempuh kesesakan lalulintas yang teramat dasyat lagi mengerikan, makanya aku pon sampai ke tempat parking yang terletak hampir ngan opisku. Nak parking kat dalam dalam bangunan, tak boleh pasal minggu dia tutup boom gate.

Apa-apa pon alhamdulillah, dapat juga aku membawa anak-anak aku merasai pengalaman di malam kencana pesta muda mudi sempena 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010. Diharap tahun depan aku akan dapat bawa mereka lagi tetapi di dalam keadaan yang lebih selesa.

Night Glow 3

Night Glow 4

My Kid 6

My Kid 4

My Kid 2

My Kid 1

My Kid 3

Night Glow 5

Apa-apa pon, pengajaran yang aku dapat, lain kali kalau pergi tempat-tempat macam ni jangan lupa bawa bekalan makanan dan minuman. Pada hari tersebut, punyalah susah nak beli makanan dan minuman. Antara yang tergila sekali adalah gerai KFC. Aku agak hampir 40 meter orang beratur... memang gilerrr.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin