Bebowling atau Bebolen....
Assalamualaikum, dah lebih seminggu tak nulih dan hari ni di seat 1F lagi di dalam penerbangan AK5218 aku kembali untuk mengisi masa lapang yang tak berapa lapang sebenarnya. Penerbangan hari ini dimulakan dengan cuaca yang sangat buruk. Mula take off sampai lah 40 minit selepas tu baru lampu dinyalakan. Biasanya 5-10 minit take off diaorang dah pasang lampu n serve makanan. Masa dalam gelap tadi memacam aku pikir... Semua berkisar tentang 4 orang yang ku tinggalkan. Maklumlah, aku boleh rasa kapai ni kejap menjunam kejap menengak.. Alhamdulillah, sekarang dah ok so aku pon nak sambung menulih. Macam aku cakap hari tu, kalau aku tak nulih nanti sebok berkhayal plak tengok awek skirt merah ni...
Kali ni aku nak tulih semua pasai amoi aku dan apa yang telah terjadi. Minggu lepas kami sekeluarga telah berCHOGM ke Ipoh dan disambung sikit ke Cameron. So ada berbagai aktiviti telah diadakan untuk ahli persidangan dan kaum keluarga.
Aktiviti pertama adalah perlawanan bowling yang diadakan diantara ahli dan keluarga melawan tuan rumah persidangan. Maka dengan semangat berkobar-kobar amoiku juga ingin turut serta bermain. Aku seperti biasa, kaki bangku... Main suka2 boleh lah nak men lawan tak gheti aku. Petang Ahad lepas sesampai jer di hotel selepas mengechek-in, kita orang sekeluarga terus mengikuti rombongan cik kiah ke Ipoh Parade untuk praktis berbowling. Aku bagi peluang kat amoi dan putera puteriku bermain. Aku jaga anak jer. 1 frame RM5 so total aku kena bayar untuk diaorang was RM30. Ermmm murah gak tu. Maka gegak gempitalah suasana di tempat bowling tu bunyi dentuman bola yang dilambung-lambung.
Dipendekkan cerita keesokan harinya diadakan perlawanan sebenar. Ada lebih 10 kumpulan dan amoiku masuk di dalam kumpulan 8. Setiap kumpulan ada 3 orang. Frame pertama aku tengok amoiku men biasa2 jer tapi masuk frame kedua, dia sudah naik sheikh.. Sudah horny 3X woo... Tak sanggup tengok, aku bawak anakku berjalan2.
Akhirnya pada hari Rabu malam Khamis bersempena jamuan makan malam ahli persidangan dan keluarga, diumumkan pemenang2 acara permainan yang telah diadakan iaitu gop dan bowlin... Diumumkan pemenang tempat keempat... Kumpulan 8!!!! Maka tak tentu arahlah amoiku dengan tidak menyangka boleh dapat nombor... Hehe terorrist gak amoi aku ni men bowling... Tahniah ler...
Anak sulung yang duk kat sebelah aku dengan selamba dan machio menanyakan soalan kepadaku... Maklumlah masa tu dia tengah dok layan awek kat pesbuknya... "ayah..! Ayah tak main apa2 ker? Ayah ni tak bersukan ker?" huhu nasib takda yang kena tampor malam tu.. Dia pon lebih kurang aku gak.. Men games kat tipon terror la. Nak jer aku jawab kat dia..."ibu tu sebenarnya terror main bowling sebab ayah selalu men berbolen ngan dia... "
Aghh... Aku dah sampai epot ni nak nek teksi plak balik umah.. Chow chin chiowzzz.... Jumpa lagi Rabu ni di penerbangan lain plak...
No comments:
Post a Comment